Thursday, October 1, 2009

salam lebaran....




Selamat hari raya semua..setelah 1 bulan berpuasa, maka hari yg dinantikan tiba..moga2 bulan ramadhan yg lepas memberi peluang pada kite utk menambahkan pahala dan segala amalan mendapat keberkatan (bak kata makcik kat dalam dunia baru tue, anda sila eja sendiri ya) daripadaNYA..amin...tapi x bermakna semasa bulan ramadhan sahaja, bulan2 lain pun boleh. ingat tue... gambar kiri, 1 family tanpa along, kak lin, azam & iman..cepat2 balik ya semua. *kanan-d'girls. bawah sebelah kanan-d'boys, kat belakang tue ketua diaorang. bawah dia-kanak2 berlari kerana ada 'gergasi nak langgar diaorag, ha!!ha!!*





















ok, bercerita mengenai sambutan hari raya..ha..ha..overall, rasanya mcm singkat sangat cuti yg di minta..dan sejak dah dewasa nie, aku rasa mcm cepat pulak masa berlalu..rasanya ms yg diberikan Allah 24 jam sehari..rasanya x cukup...tup2 dah raya and then need to going back to kelantan..hish..hish..master perlu diteruskan.cayo!!



ok, bercerita hari sebelum lebaran..disebabkan aku lupa nak beli tiket bas awal (ha..ha..masih tak ingat aku dikelantan lagi..dulu, hari nak balik baru beli tiket), ditambah kelupaan yg tahun nie tambang bas utk raya telah diumumkan awal ( aku sibuk dengan penang & genting), jadi tahun ini, kepulangan ku di kampung terpaksalah di awalkan dan ketibaan di kelantan juga terpaksa dilambatkan..bila di tanya, dengan senang hati aku menjawab "tiket habis, tiket tue je yg ada". bila fikir2 lama, nielah bab paling best sepanjang aku dok kat kelantan nie.*kiri-adik2 aku, bergaya dr kakak dia nampak?. kanan-adik2 dalam kete pesona bapak ku menuju ke rumah pakcikku.bawah kanan-our mr driver (penat ya bawak kete) & co-pilot. bawah kiri-merenung masa depan nampak?ada nampak apa2 tak?.


























balik rumah..well kerahan tenaga dikerahkan. dari pengemasan, pemasangan, penyumbatan dll..haiya!!banyaknya kena buat. mlm raya tue tido kul 2 pg. sambil2 kemas2 tengok avatar sampai episod akhir..lepas nie x yah lah aku tengok avatar cause aku dah tahu ending dia. memang bestlah ending cite tue.pagi raya, cause mlm tue x sempat cari baju dan jahit2 butang dan zip, terpaksalah proses jahitan dilakukan. kasut raya pun kena cari pg tue..dah semua kerja umah kena buat. adik?hish..sabar jelah. kakak aku pulak, penat dengan HO dia. ish..nasib baiklah aku x jadi dr, kalo tak memang 'masaklah adik2 aku'. tahun nie, tahun ke2 along tak raya dengan kiteorng (sejak sambung belajar di belfast)..sedih?, sikitlah cause along memang b4 nie pun pernah beberapa kali dia x raya dengan kiteorng. tapi yg penting hari b4 raya tue dah borak2 dengan along, kak lin, azam & iman (along jangan buat pura2 lupa ye, 2thn nanti) ..haiya..bilalah nie 2 budak nak pandai bercakap. so, pagi2 raya lepas siap2 dan bermaafan, kami ambil gambar family dulu..hish..bila dibelek2 lama2, sudah besar, adik2 aku nie..kakak2 dia je yg tak membesar2..ha!!so, destinasi pertama yg dituju, of course our grandma's house. utk raya ni, sawah sedang dibajak. lama sungguhlah aku tak tengok sawah padi nie..lama juga x jumpa sepupu2 aku..besar2 dah semua, nak duit raya, sila mintak kat dr..saya student lagi..ha!!borak2 dengan diaorng sambil menonton rancangan2 utk raya ini.


then, berangkat kerumah wak2 utk beraya seperti tahun2 sebelumnya. raya ke4 baru aku beraya dengan kawan2. tue pun aku paksa acik beraya dengan aku. dengan alasan..'tahun depan ko kena raya dua tempat, mesti x sempat raya dengan kiteorng'..ha..ha..bijak tak aku? tahun nie sempatlah aku, acik, aini, azie beraya ke rumah faizah aini, kak ela (lamanya x dtg umah kak ela, nasib baik ingat jln, semoga mak kak ela sembuh ya, pastue kak ela ikut kiteorng jln raya), umah aini & ustaz kzm..lamanya x jumpa semuanya..keesokkan harinya..aku,kak ety,odin (bantu kak ety mendrive, aku mana tahu drive),mamat & ijah..(najib-x nak ikut, lagi best main game sorang2 tanpa ada gangguan & maznah-kena dok umah baca buku, ye ke dia buat?) berjalan ke tampin,N9 (buat misi mustahil), ke parit bota, johor (misi 'merisik', ha!!), alor gajah (tempat kami bermalam di surrounding dusun2,ayam2 dan itik2), seksyen 8, shah alam (makan2 & melawat tempat yg telah lama ditinggalkan) dan simpang lima sg besar (melawat cikgu jaharah yg telah lama x berjumpa). hish..memang raya yg paling jauhlah destinasi yg dilawati. mengharungi 3 buah negeri & 1 wilayah. cuti punya cuti pejam celik pejam celik dan tiba masanya utk aku berangkat pulang ke kelantan. aiya..cepatnya ms berlalu.sebelum balik..seperti yg dijanjikan, aku pun menyiapkan segala kuih2 utk dijamu kepada kawan2 kat lab, housemate, my supervisor & na (yg banyak membantu dlm menyiapkan projek masterku ini)..

yg misterinya selepas aku balik, 'ugly stick'yg aku bawak utk kawan2 kat lab habis dengan cepatnya walaupun sebelum tue aku baru je menjenguk kat pantri..bekas dia pun x de..hish..hish..overall raya tahun nie boleh dikatakan paling jauh kami berjalan adik beradik..tahun depan boleh buat lagi..ok semua, selamat hari raya, maaf zahir batin..jomlah kite bersama2 menunaikan puasa 6 hari syawal pada tahun ini dengan jayanya..amin....

kanan-with my grandma, bro, mom & my uncle's family. lama x jumpa sepupu2 ku nie. kiri-rumah di tengah SACC mall..










Tuesday, August 25, 2009

ogos 2009


bulan kemerdekaan...dan seperti biasa lagu2 kemerdekaan dendangan allahyarham sudirman, aisyah, lagu ciptaan pak ngah dan lain2 akan mewarnai radio dan tv. selalu teringat kenangan ms sekolah, waktu sambut merdeka. ms boys kena berlakon ikut skrip lagu, masing2 sibuk nak sertai pertandingan itu ini sempena merdeka & girls yg kena buat perform dikir barat sempena merdeka. ingat tak ms kita menang dikir barat ms form 4..ish..memang x leh lupalah.bulan nie juga, umat islam satu dunia mula menunaikan rukun islam yang ketiga iaitu berpuasa di bulan ramadhan...moga bulan ramadhan tahun ini dapat ditunaikan dengan baik dan sempurna seperti tahun2 yg lain..insyaallah..





oklah, jom cite apa yg berlaku b4 bulan puasa. 1/8, tasya, kak sha,kak yana, yan yan syikin, ain and me dikehendaki pergi ke USM induk, penang untuk majlis angkat sumpah student2 yg baru mendaftar..eh, kejap. only tasya and me yg baru mendaftar..yg lain dah lama, tapi tak pegi lagi tahun lepas..ha, baru betul. so, di sana, kiteorng menginap di asrama saujana, mak ai..tangga dia punyalah banyak, kawasan tinggi pulak tue..penatnya..sian kiteorng kena panjat, tapi kesian lagi dgn ibu menagndung, kak yana. dah lah kena bawak beg, diri & baby lagi..nasib baik ada syikin yg gagah membawa beg kak yana. cayalah ash....so, kat sana actually majlis tue utk 2 jam je..dan selebihnya adalah masa merayau2..ha!!ha!!kat sana aku sempat gi bukit jambul (survey barang2 mp4 sikit), perangi mall (sori ya kalo salah eja..) and Queensbay..shopping? adalah sikit..tapi ash, kak yana...hm..hm..pepaham jelah.nasib baik x bawak kete sorong tue, kalo tak mahu 2-3 kete pun x muat..jgn marah ye..anyway..percutian di penang walaupun sebentar tapi banyak benda yg mencuit hati. ms kat kedai mkn, pasal kat bas (jangan nak citelah, mcm2 jadi) dan lain2. byk sangat kan yg nak kena story. so, kite ringkaskan seperti yg diterangkan di atas.


balik je dr penang, aku terus kena menghadap dr hans, sebabnya aku kena present oral utk genetic congress...hasnah nie memang x betul..patutnya present oral ms ncmhs. nie tak, congress yg besar nie, gi redah present oral for the first time..lama jugaklah aku berfikir...betul ke apa yg aku buat nie? rasa mcm malas nak pegi pun ada, nak menyorok kat mana ya? kalo aku balik selangor mcm mana? (byk kali pikir sampai gerun aku rasa), tapi sebab aku dah janji dgn dr..aku kena buat gak..bak kata pepatah, janji perlu di tunaikan..arg!!!sabar..sabar..balik umah, housemate aku kata kite semua kena pindah..ala...nie yg aku malas nie cause cikgu din nak ambik balik umah nie cause anak dia nak balik dan plan nak duduk kat umah tue..aiya!!x payah nak risau (kataku dlm hati...i got a big problem to face first, presenting oral at genetic congress,!). jadi dgn segala kemalasan di tolak tepi sebentar cause aku kena packing utk ke genting pulak (tapi bila fikir nak main2 kat puncak tue, terus aku nak pegi!). nasib baik urusan bas dah settle, and thanks to amin too...(sian dia, kena tolong, ala..dia naik gak bas tue, x gitu?)keesokan harinya..tepat kul 9.15 dengan kekuatan 15 org penumang dan 2 pemandu kami pun berangkat ke genting....dan sampai di sana pukul 6.15.


ok..apa jadi kat genting..overall memang menakutkan dan nasib baik aku kena hari pertama. so, segala ketakutan pun berakhir dengan cepatnya. soalan dia, leh tahanlah. tapi aku melindungi diri sendiri dengan segala ilmu pertahanan yg ada..ha!ha!!goreng dgn cara berilmu saja.. break sekejap. nak cite pasal dinner pulak.dinner tue, mkn lambat because menteri dtg lambat, 1 jam lagi lambatnya, dan makanannya x lah sedap sangat. kiteorng (aku, tasya,siti and kak aishah) dok satu meja dgn mr chia dan 5 org peserta dari udm (diaorng nie oklah, nice to met u all!). sambung cite...lepas habis present aku tunggu sampai tasya habis dan petang lepas tasya habis present..aku, tasya,siti & kak aishah menaikkan diri kami ke taman tema genting, ambik out and in door game...best giler!!aku main roller coster yg baru & lama. (baru tue agak menakutkan sikit ditambah kabus yg tebal cause baru lepas hujan dan tak nampak jalan benda tue nak ke mana..sedar2 dah terbalik diri..), carpet terbang (pak2 arab nie main lawan jerit pulak, nasib baik aku x pekak lepas naik), naik gajah (tekan butang tengah tue, tiba2 dia ternaik turun), naik buaian (sejuk cause bukak kasut dan lupa nak pakai stokin...), dan pirate train (ingat apalah...x takut langsung, penat aku tunggu..) utk yg out door. x banyak leh main cause sampai puncak pun dah pukul 5. cause weekdays, taman tutup kul 6.30. pas tue, kiteorng pun pegi ke in door theme main2 bumper car, naik gondola, ferris, main kat snow world (gila sejuk...mcm mana lah aku nak duduk luar nagara nie. dok malaysialah lagi best..), 3d cinema (cute sangat kucing dia tapi x reti2 nak terbang, sampai kiteorng pun sendiri pun terterbang sendiri), dan kuda berpusing. disamping mengabadikan foto2 kami di sana...bestnya pegi genting ramai...kalo lagi ramai lagi best!!ha!!ha!! balik, kiteorng naik awana sky view dan sampai ke awana hotel dalam kul 11.50 malam.. di kesempatan ini, nak ucap congerate to abg nizam (menang tempat ke-3, ala menang selalu dia menag pun), ct (menang tempat pertama, cayalah ct setelah tiga kali berturut-turut present oral, menang jugak. cayalah ct) & Dr khai, ppsg (no 3 utk poster)..balik2 dari genting, dapat tahu ada 1 org student ppsk kena H1N1. balik nie, gayanya kena pakai masklah pulak..adui!! x suka nya. tapi kena pakai jugak. overall perjalanan ke genting sangat best..kalo gi conference mcm nie, selalu pun x pe walaupun present oral..he.he..takutnya..hope2 lepas nie kalo ada confrencess leh gi dgn bilangan yg lebih ramai... gambar di atas, di depan pintu masuk taman tema genting. paling kanan baris satu, bergambar dengan salah satu poster dr usm. tengah: dr hujung kak yana, kak aishah dan siti. sebelah: sebahagian warga genom...bawah dr kiri: gambar dinner di kuala kerai. tengah: awana genting, baru balik drp bermain2. hujung: sijil kemenangan siti as the best oral presentation utk bahagian genetik manusia..tahniah!













ok, balik dari genting, tasya kena uruskan program utk ke cameron pulak..aku? x nak gi sana..penatlah..dari penang ke genting..penatnya...22/8 adalah yg dinantikan oleh semua umat islam di malaysia dan kawasan2 yg sewaktu dengannya.. (yg ditunggu ke?entah..aku pun x pasti, tanya diri masing2 ya). Tertinggal satu cite pasal rumah. lepas balik genting, kami semua pergi makan2 di matahari..cause me & shikin dah dapat fellow.(alhamdulillah!, x payah nak korek duit geran lagi...) overall makanan di matahari, oklah..kiranya standard new horizan tapi tempat dari segi kebesaran dan lawa, memang new horizan menang lagilah..disamping menyambut birthday along, wana & muni..hapi birthday!!sweet 24 (aku dah lama sweet 24, korang baru je..)
Satu lagi nak cite pasal dinner persala di shams (sori, if wrong spelling)..dinner nie mcm kurang je sambutan..yelah ajk yg buat semuanya termasuklah persembahan dan aturcara utk dinner. anyway, moga persala lagi sukses utk tahun2 mendatang datang, dan dapat kumpul lebih ramai master student utk kite2 bertukar pendapat tidak lupa juga reagent if kiteorng nie kekurangan reagent yg diperlukan...
bulan ramadhan pun tiba..so, seperti tahun lepas, aku dan budak rumah gi mengerakkan kaki masing2 di surau yg terletak x sampai 100 langkah dari rumah kami..time2 nie je kiteorng gi surau. time2 lain..jangan harap...ok, selamat menunaikan puasa&menambahkan ibadat di bulan yg mulia ini... jumpa di bulan hadapan utk sambutan hari raya!selamat berpuasa!!!





































Thursday, August 13, 2009

Julai 2009

Haiya...bulan Julai sudah...seperti biasa keje...keje....otak dengan badan pun x bergerak sekata dan seiring. tiba2 rasa rindu bangat kat rumah..sama makanan mak, koleksi2 buku2 yg melambak tue...family..ah!!!rindu sangat..hari tue balik kejap sangat. sehari je...dah lah dari kelantan nie nak balik sg besar sangat lah "dekat" (sila lawankan perkataan itu..) ish...ish.. ok, bln julai nie secara rasminya tasya and me adalah student master i usm...actually, bila dah daftar nie lagilah gerun...yalah kena kejar deadline. yalah...i need about 2 years to finish it all and masa tengah tulis nie pun kemalasan memang bersarang di minda yg malas..ya allah..malasnya nak keje...apa ya petua utk bagi rajin..adakah perlu ada rangsangan dari supervisor, keinginan diri atau apa???

ok, before aku balik bercuti hari tue banyak betul keje yg dtg mendadak..meeting projek cause kena tolong dr lilian, (m med student) utk siapkan master dia..akhirnya bolehlah aku menumpukan perhatian pada genetic je cause keje kat blood bank & hematology nak siap.tapi masalahnya kena ganti barang2 dan alamak!!dan terlebih pulak aku ganti. terpaksalah aku report kat bos...hish..cam mana nak ckp nie??area aku cuti jugak..ms tuelah dr narzah nak dtg sini..aiyah!!kena siapkan slide utk bos tengok utk diaorng bincang nanti...agak kelam kabut jugaklah b4 balik tue...



setelah penuh onak duri dan rintangan 17hb tue aku selamat bertolak dari langgar ke teluk intan, perak. thanks wana & ain cause hantar.. actually ramai org tanya napa turun perak, tak turun sg besar terus..nie hamba bagitahu sebabnya. x de bas yg terus dr kelantan tue ke sg besar. paling dekat pun teluk intan and i terpaksa menyusahkan kakak ku utk ambil dr stesen bas ke hospital teluk intan dan ayahanda utk ambil dari hospital ke rumah. adalah dlm 1 jam...kalo trn dr shah alam ambik ms 2 jam lebih utk sampai ke rumah..jauh betul perjalananku ini...x gitu.



balik tue, aku, kakak, serta adik2 aku merayau2 gi ke kl. ingat nak tengok cite harry porter tapi...x dpt tiket lah..hish..hish..(aku bukan tengok sangat cite nie, adik2 yg nak tengok sangat).tiket ada tapi nanti semua duduk merempat. kalo aku, ok je..tapi budak2 nie kan di buat sesat lepas tengok wayang, tak nya aku kena cari sekitar wayang kat time square tue...so, setelah berpusing2 di kl..(nie yg aku malas nie, aku mana tahu sangat jalan kl, kalo setakat naik komuter/lrt/star tue, serakan saja padaku...ha!!!ha!!), berpandukan peta dan papan tanda kami akhirnya membuat keputusan utk ke bangsar..ke mana lagi kalo bukan mid valley...mak ai..oh ya..kl berjerubu ms aku pegi.lautan manusia jangan katalah..almaklumlah jualan mega...kalo gi mid nie..tempat yg aku paling nak pegi x lain x bukan mph...setakat mph yg pernah pegi..mph nie yg paling best!!tapi kalo dibilang berapa banyak buku yg aku beli kat sini..he..he...x banyak pun. aku lebih suka duduk sini dan membaca..almaklumlah..kewangan x stabil sangat, nak beli sayang, melainkan aku memang betul2 suka buku tue. sepanjang kat rumah pagi2 keje aku memang tengok amazing race & cite thai kat tv2, battle of angle. mesti dah habis sudah cite tue...dan..i need to help my mom yg nak berniaga kuih batang buruk utk lebaran ini..banyak tul kelongsong yg aku kena buat..hish...hish...susah jugak nak berniaga nie..hish!!!hish!!nak mkn jugak yg senang..ha!!ha!!
gambar sebelah: ikon jualan mega di mid valley ut tahun nie..








so, setakat tue jelah utk bln nie..hal lain..mcm biasalah keje..keje..keje...dan pilihanraya di manik urai yg menyaksikan pas menang dgn 65 undi & cuti pada hari tue!!ya!!!org dah bg cuti mari kita bercuti!! & selamat pengantin baru buat anak buahku liza..ambil gambar pelamin je cause pegi 2 hari b4 majlis..jadilah tue! jumpa lagi utk post ogos 2009.

Wednesday, July 8, 2009

Jun 2009



Mei melabuhkan tirai, dan Jun pun muncul..ok, bln jun nie seperti yg telah dijanjikan..most important thing utk dibicarakan adalah berkenaan dengan 'Family Day'. akhirnya, habis jugak family day dan segala penat+curahan idea+tenaga dan segala2nya berakhirnya dengan lancar dan sempurna..amin.....ok, mari cite pasal family day!!



Family day telah dilangsungkan dengan jayanya pada 19 & 20 Jun 2009 di Villa Daniella, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan dan mengambil ms dalam 1 jam dr Kubang kerian nie.. overall its ok dan mcm2 perkara yg berlaku mainly ms mlm dinner..hish...diaorng nie, tapi thankslah cause vote me for 'Queen of the night' (next year, org lain pulak ye.., yg nak petua boleh terus menghubungi saya!). oh ya, walaupun dah undi saya, kerja menyusun tips tetap kena dijalankan..sori bangat guys...kalo tak arrange, mcm mana kite semua nak buat keje? x gitu. overall, my group yg terdiri drp dr kanan's family, kak aisyah & abg rusdi, kak cik & cikgu midi, prof ravid & anjana, me, tasya and ina dpt tmpt ke 4. oklah tue. kite dtg untuk bersuka-ria dan kalah menang tue kan adat permainan..yg penting...kite enjoy!!cabutan bertuah thn nie aku dpt benda berasaskan air..tempat letak air...memang thn nie hadiah aku semua pasal air..yelah dah kumpulan pun aku just dpt mug dengan bekas air je..x gitu....villa pulak actually agak kurang berpuas hati dr segi makanan (sikit sangatlah) dan bilik mandi (air selalu x de). agak membantutkan sikit proses keriangan kami...hu..hu....paling kelakar, kalo tengok video yg diaorg nyanyi lagu "twinkle-twinkle little star'. setiap group memang ada kreativiti sendiri (ha!!ha!!) & sporting habis. senamrobik thn nie kami berenam dan diconduct oleh kak finie..th nie, instructor terdiri daripada kak finie, tasya, aku, aizat, zaki dan bang long (anak sulung kak ann)..gaya aizat memang lembut habis...aiya..buat aku nak gelak sokmolah aizat..takpe2 nanti lepas habis family day nie, berlatih2 lah selalu...anyway, practice make perfect!!!


Tengah sorokkan kad..tinggi lagi kak

mareen (kiri).


Genome's family (kanan).







Tiup!! (kiri).


The king, Queen, Putera & puteri of d night (kanan).





Pagi yang indah sebelum kepanasan menjelma (kiri).


Apa kenalah dengan radio nie..(kanan)





bln nie jugak, kami tinggal sembilan bersaudara..rindunya dengan kak adiya!!ala..kak adiya, napa x sambung phd kat sini je..hu..hu..but life must go on..akak, nanti jgn lupa lawat kami selalu kat sini..thanks bagi saya meja dan ampaian akak kat kiteorng...nie yg sayang nie..tapi lagi syg kalau akak tinggalkan banyak barang lagi kepada kami..nak tinggalkan "Getz" tue pun x pe..ha!!ha!!anyway...jgn lupa ajak kami bila majlis nya, and jgn lupa dtg ganu ms wana kawin disember nie..mari berkumpul kembali sepuluh bersaudara....







setelah 1 tahun 6 bulan kat sini, aku rasa inilah ms untuk aku mendaftar as the master student..lab work utk hemato (HBE & Thal-thanks to ainz, kak sal, kuzek, azhar & kopang & all staffs-kerna susah payah ajar aku yg lurus bendul nie) and blood bank (diego, dict,ict, blood test-Thanks to Kak Nana & kak Mah & all staffs kerna ajar kami (aku & mardina) pasal semua ini). hm...tulis mcm dah siap semua keje dua2 lab, padahal ada lagi sample yg tak siap run lagi..ha!!ha!!. Seperti yg dijanjikan, aku dan tasya pun pergi ke prosedure utk memulakan pendaftaran-medical checkup. memang banyaklah dugaan yg kami. bermula dengan tasya x bawak kad..kami kena patah balik ke lab (aku je), tasya kena mencucuk duit di atm cause masing2 lupa nak bwk rm 50.00. aiya.....dipendekkan cite, after all the exam tue, lastly kami pun pergi berjumpa dengan dr di clinic student. and what the surprise..my x ray chest ada problem sikit...hish!!x ke naik segala tekanan dlm bdn aku (darah, segala hormon2, jantung bergerak secepat yg mungkin) cuma aku x pengsan je lepas dr tue bagitahu..gabra siot. sampai ms dia cek my heart pun dia terconfius and ask me to do some test utk my x ray dan gi jumpa kawan2 dia utk sahkan degupan jantung aku pulak (cause dia dengar mcm ada 3 bunyi)...lepas dah kena sutik utk chest x ray tue aku pun gi berjumpa a doctors dan luckly and alhamdulilah they say everything is normal but dengupan jantung aku memang laju. tapi report x ray kena tahan and have to wait about a week utk tahu result pulak..aiya!!penantian, satu seksa..(sila bunyikan ikut rentak ya).after a week,tasya yg baik hati (thanks tasya, i owe you a lot!!) menemankan i berjumpa dr di clinic staff and luckly she is the same dr yg check for our medical checkup. and she said, ms time aku wat x ray tue, memang ramai yg bermasalah sampai pening dr2 kat KRK. after saw my result test and report for radiologist, alhamdulillah, everything is normal...amin.....dr mintak aku banyak2 bertenang so degupan jantung tue x lah laju sangat..dan keesokkan harinya tasya and me pun pergilah mendaftar..kepada yg pernah gi mendaftar master kat usm ni, mesti sedia maklum prosedurnya..nak kena naik pendaftar, dpt surat baru leh gi bendahari...kat bendahari semuanya ok, tapi kat pendaftar nie..mcm2 lah..(aiyah!!) komputer server downlah, got problemlah dll. yelah, sapa suruh daftar time2 student under. ms dia panggil utk buat kad..(oh ya, kami dpt kad edisi baru...alahai!!aku lagi prefer yg lama sebenarnya...) tapi nak tunggu kad tue siap...ish!!!lamanya..sejam lebih utk 2 kad.... dan i think i prefer kad yg lama, tp nak buat mcm mana, ambik je lah..


lupa nak cite pasal NCMHS bln lepas...memang susahlah nak buat poster pakai adobe..pakai power point jugak yg senang...tapi kalo x belajar, mcm mana nak tahu..betul tak??and wanna wish tahniah tue kak hatin..(menang utk oral presentation) and dayah (for the poster)...Tahniah!!



kak hatin & trofinya..tahniah!!
Makan2...makan2 (kanan)








nak ucap tahniah jugak dan selamat melangkah ke alam baru utk aini ahmad..(u look cantik sangat ms kawin!!) aini nie member sekolah rendah dulu..nak ucap tahniah dan selamat bertunang utk teman rapatku..acik..insyallah aku try curi ms bln 3 depan....



Gambar koleksi perkahwinan rakanku yang paling cun sekali...Tahniah Aini & suami!!











To acik & iman...Tahniah!!Jumpa ms korang kawin nanti!!


ok, banyak sudah aku menulis utk bln nie..ok, got to go....dah bln 7 nie..dah daftar nie, rsnya ms akan cepat berlalu..tak gitu??

Tuesday, June 16, 2009

Mei 2009


24..satu usia yg ramai org akan bertanya soalan cepu emas nie.."bila anda nak kawin?" aiyah..x de soalan lain ke? tanyalah soalan yg best sikit..as example "kalo aku bagi ko kete, korang nak tak?"confirm aku kata "YA!". mimpilah....x de org nak bagi kete free, kete permainan pun x tahu dapat tak. HA!!ha!!menyebut tentang ini, nak ucap tahniah dan selamat berbahagia di dunia and akhirat bersama2 pada Zah (Sempunk, 30/5/2009, gambar di bawah, kiri-sempunk's boy & right-sempunk's girl), Pali (Sempunk, 7/6/2009), Yanti (Sempunk,7/6/2009, gambar di atas) and dila (MSU, 6/6/2009). and seperti biasa, thanks cause jemput and sorry x dapat pegi..kekadang timbul jugak rasa menyesal..awatnya aku buat master kat kelantan nie..kalo kat area selangorkan bagus...apa nak buat, dah tue namanya rezeki.. tahniah korang..moga jodoh kalian berkekalan duia akhrat. amin...











apa ya nak cite bln 5 hari tue....entahlah..disamping keje yg semakin menimbun and banyak bebanan keje yg harus ditanggung, lagi2 bila nak daftar master nie...susah gak kalo nak sambung master nie tanpa ada mana2 sponser. yelah nak harap duit geran..sampai bila lah..hari tue x ingat bila, aku and members from human genome centre pegi menghadap interview untuk meminta sponser untk master nie. disamping meminta pertolongan daripada kerajaan menerusi unit bajet mini...ha!!ha!!ambik je mana yg dapat. ms interview di usm tue, ada 9 org calon..aduh..ramai bangat and surprisely all are women...manalah peginya jejaka2 di dunia ini...susah tul nak cari jejaka2 sekarang. interview telah diconduct oleh dean, timbalan-timbalan dean, ips's represantative and pendaftar...pe..banyak tul soalan yg kuar dan byk jugaklah idea yg kuar and almost same.. nak buat mcm mana dah msk sembilan2 serentak. off courselah idea lebih kurang..ha..ha...

bln nie byk kali kena survey tempat utk family day..bestnya jalan2..he..he..jln2 luaskanpandangan. actually, sepanjang jln ke cek point dan tempat family day di villa danilla tue, buat aku teringat kat my lovely place, sg besar..yelah banyak kan sawah kat situ..(aku rasalah, x tahulah pulak kalo semua tue lalang..)rindunya kat umah..x sabar nak balik utk dok lepak2 kat umah, dan paling penting balik bln 7 nie nak balik nak lepas gian.teng..teng..nak tengok transformer 2 and harry porter (aku bukan tengok sangat pun..ha!!, nanti kena mintak kakak aku tolong explain japlagi..).nak tengok2...and nak jumpa wani & yana...rindunya kat korang..ct pun sama..


paling sedih bln nie..kak adiya dah siap master dan kena pulang ke kl...rindunya kat kak adiya..mlm sebelum akak pergi tue, kiteorg satu umah ajak akak kuar...lepas nie, jgn lupa2 kan kiteorng..ingatlah kiteorng kat sini selalu....sian syikin x de...almaklumlah cuti 1 bulan....











okes..that's all for mei 2009. bln 6 nie lagi byk aktiviti dan peristiwa2 yg menarik dan mengejutkan telah berlaku..tapi kena post ikut bln ye...

Tuesday, May 5, 2009

april 2009

ha..ha..bln 4 sudah..aiya..makin cepat ms berlalu..ms sekolah dulu taklah mcm nie..teringat ms form 1 dulu.aiya..lama sungguh rasanya nak membesar ms tue..alih2 dah besar sekarang terasa nak kembali ke alam dahulu...

ok..seperti bln yg lepas, mari kita recap apa yg berlaku pada saya pada bln nie. bln nie boleh dikatakan bln2 yg agak sibuk (ha..ha...memang selalu sibuk pun, bukan for these month je!) dan ada 1 cite yg agak menyayat hati.. bln nie kurang story sikit.

ok..kite cite pasal kegembiraan dulu. bln nie isteri supervisor ku (Dr Che Mariana, thanks doc!) mengajak rakan2 ku di immuno bersantai di rumah dia semalam..ala2 mcm berkelah pulak. before nie bukan aku x pernah umah dia (sebenarnya nie kali ke 2, ha!!) tp nie cause ada shikin, ayu (dia nie bdk lab immuno yg baru), wana and semestinya muni meriah sikit..betul2 mcm berkelah..umah dr memang best, ala2 english style.tepi pantai lagi...ala2 mcm umah idaman aku. memang bestlah main2 tepi pantai. siap kena kacau dengan bdk2 nie.yelah tengah posing2 tiba2 berbunyi suara "kak 1 kak" ( sila sebut dalam dialek kelantan) haiya!!sebut tul lah budak2 nie.










bln nie jugak menyaksikan my senpai bercuti lama. mana taknya, biasanya dia akan balik untuk 2 minggu sahaja. tapi disebabkan kesihatan dia x mengizinkan maka bercuti selama 1 bulan lah dia, hampir 1 bulan..sebabnya kuat bekerja..so, the moral of this story...jaga2lah kesihatan anda dari segi mental & fizikal walaupun anda bekerja sekuat mana..healthy come first!!








bln 6 nie ada hari family day utk pusat genom manusia. asalnya nak gi bukit merah (bukit merah..lake town waterpark!!) tp...disebabkan kami sudah bertukar director dan keadaan beliau x mengizinkan (she's pragnant and that time she almost having her due date)...kami menukar plan ke villa daniela (sori kalo salah eja), di tok bali, kelantan..oklah tue..buat jugak family day. and pd tahun nie ditugaskan utk ambil bahagian game...byk jugak kena buat. tapi bila anda semua diletakkan dalam 1 kmpulan, bah kata slogan dekat cite wonderpets (apa yg penting..keje.sama, sila buat ikut tone yg betul) semua benda akan menjadi..tak gitu? ha..ha...


kak adiya sudah pulang utk memeriahkan lagi umah kami...yelah hampir 3 minggu dok umah, rasa sunyi pulak rumah tue..tahniah pada ak adiya cause dah habis master ( seronoknya..ternanti sangat saat tue..) dan janganlah balik umah dulu..dok sini dengan kiteorg ya!!









cuaca kat malaysia nie memang panas sampai sorang adik housemate aku masuk hospital di kuala kerai..dan dr kuala kerai kena transfer kat HKB (hospital kota bharu aka ala..aku lupalah nama dia..). koma 5 hari dan dr suspect ada septicemia. septicemia adalah penyakit di mana darah telah dimasuki oleh bakteria atau virus erti kata lain disebut darah beracun ( sori kalo salah info mintak dibetulkan...) septicemia kalo lambat rawatannya memang membawa maut. alhamdulilah..alya balkyish (adik housemate) dapat melawan jangkitan itu...sekarang dia sudah ditransferkan ke wad biasa...alhamdulilah...


ok..rasanya cukup utk ms sekarang..nanti jumpa lagi.... selamat dtg mei 2009..opss..bakal berlangsung byk perkahwinan sepanjang bln ini..(cuti sekolah katakan)..selamat ulangtahun pertama laptopku..