Tuesday, June 1, 2010

tragedi mei 2010

utk kali ini, disebabkan ada tragedi yg x dpt dielak, dan disebabkan pekerjaan yg sy x mampu diselesaikan, jadi saya memutus utk menulis entri bulan Mei ini secepat yg mungkin..ala..azam2 baru gitu.. (tipu sahaja, sebab bila dah buat senarai kerja yg kena buat before fly bulan julai ini, jadi entry bulan mei nie lambat pos...ha!ha!!)ok, bulan mei ini ada tiga kisah yg sangat menyakitkan hati & menyedihkan (sob..sob...) berlaku pada minggu ini dan sesungguhnya apa yg terjadi ada hikmahnya.. Alhamdulilah, semuanya dapat diatasi dengan kuasaNYA..amin..




ok, bercerita mengenai kisah pertama...dengan dukacitanya diumukan pada 09 Mei 2010 bertempat di PT1201 dilaporkan..rumah kami yg diduduki sejak lebh 1 tahun lalu, telah dimasuki 'PENCURI'. apa benda yg hilang, setelah dihitung, ditambah, didarab dan dibahagi utk part aku..aku kehilangan handphone lamaku yg dibeli semasa sem 2 tahun 2004 di MSU dulu.frankly speak memang sayang jugak kat phone ni dan banyak berjasa utk kebaikan dan amal jariah ku di akhirat..insyallah cause phone ini yg digunakan utk mengerakkan diri ini diwaktu subuh..sebab utama aku tukar phone ini dgn phone 'sony erricson' sekarang yg digunakan kerana ia mempunyai masalah kronik iaitu pihak disebelah org yg aku telefon atau menelefonku x dpt mendegar suara ini dan bateri cepat 'kong'. memang banyak sungguh jasa handphone ini pada aku (uh..uh). selain itu, cincin yg berharga RM 19.90 pun dibawa lari..ha..ha..padan muka pencuri tue, mesti dia ingat cincin tue mahal..ish..ish..tuelah buat kerja x berkat kan penat je yg dapat. selain itu, beg yg diberi semasa conferences di genting dulu pun diambil.. pendek cite dilaporkan brg2 aku yg diambilnya semuanya x ok..lagi2 cincin... lupa pulak 1 lagi brg yg diambil iaitu sejumlah wang tunai berjumlah RM 5 yg aku simpan dlm mug di atas meja.secara keseluruhannya brg yg dilapokan hilang adalah:

1. Me-Handphone (lama), RM5 & cincin (RM 19.90)

2. Shikin-Camera digital (RM1,000++)-benda yg paling mahal dicuri dr PT1202 & memory card yg baru di beli. sian shikin, dah lah dia sayang giler kamera dia...tak lupa jugak lampu suluh shikin yg memang powerful itu. pendek kata, shikin mengalami kehilangan yg paling besar dlm kejadian ini..sabar shikin..
3. Mar- Handphone (lama), cincin, dan jam tangan. kerugian x diketahui & dilaporkan

4. Muni-Handphone (lama), nasib baik gelang silver dia x kena ambik..mahal tue, memang dia minat kat cincin aku jugaklah.hu..hu...

5. Ain-RM 3-kerugian paling sikit yg dialami

6. Wana- Lampu suluh & duit syiling dlm tabung bear
7. Ami & along-tiada kerugian yg dilaporkan..

Nasib baik dia x ambik duit gaji ami dan paling penting duit umah kiteorng utk dibayar pada cikgu din & alhamdulilah x de org masa kejadian itu berlaku...



Gambar kiri di atas: Me & along & rumah kami yg telah diceroboh.. Gambar tengah atas: meja ain,x banyak yg dia selongkar. Gambar kanan atas: pemandangan di ruang tamu.
Gambar kiri di bawah: Salah satu sudut yg diselongkar I. Gambar tengah di bawah: Salah satu sudut yg di selongkar II. Gambar kanan di bawah: tempat yg paling teruk di selongkar, bilik master room.agak2 nya 'dia' begang kot sebab x jumpa apa2 yg berharga.


Kisah kedua...kalo korang ingat, aku pernah cite yg aku maybe akan mengalami ketidaksihatan pada tahun ini..dan akhirnya setelah 6 tahun aku x demam, aku demam jugak bulan ni. tapi demam dia utk 1 mlm sahaja..yg paling teruk..kesan2 sampingan like pening (1 hari), batuk2 sampai x de suara (2 hari) tp x selesema pulak..alhamdulilah..kalo x, parah jugak nie..dan setelah sihat pulak aku memang kena pantau kesihatan badan selalu sebab aku nie kalo dah demam sekali, chances utk demam balik memang ada tp alhamdulilah jugak cause penyakit2 nie x dtg serentak kalo ikut yg kena ms kat msu dulu semua dtg serentak dan pd bulan puasa pulak tue..so, kena be careful lagi2 bulan julai nie dah nak fly..he..he..so, segala anggota bdn ku mohon agar kalian sihat ya..kite nak fly jauh nie..rindu bangat sama azam, iman, kak lin & along. hampir 3 tahun x jumpa diaorg.

kisah ketiga...nie memang menyayat hati..my 'dear' x leh guna lagi..kali ini, bukan rosak tapi spare part dia x de..hu..hu...terpaksa tunggu quotation dr company utk beli lampu yg rosak..nasib lah badan..kekadang berfikir jugak,asal lah x rosak ms aku bercuti nanti..hu..hu..punah harapan aku utk siapkan seberapa banyak sampel bulan mei & jun ini..'hancur hatiku'.... thinking i need to discuss something with my 'bos' dengan keadaan mesin begini..'bos' harap anda cepat sihat..sudah lama x lihat 'bos' di usm dan berjalan dengan baik..


so, seperti biasa mahu mengucapkan 'selamat pengantin baru' utk kedua2 kwn di sliss, erma (aku dah ingat suami ko yg mana satu, patut muka familiar) & ani..moga bahagia dunia & akhirat..amin...oklah, that's all for Mei entry..










Gambar atas belah kiri: pn erma di majlis akad nikah. gambar tengah di atas: erma with my slissan friend (jihah, fad, shima, aini & muna). Gambar kanan di atas: erma & hubby (ashraf). gambar kiri di bawah: ani & hubby (giler panjang veil org yg edit gambar nie..nampak sangat kreatif. Gambar tengah bawah: ani & my slissan frien (kalo perasaan baju yg dipakai & individu di gambar nie adalah sama dgn majlis di rumah erma cause majlis resepsi di buat pd hari yg sama). Gambar kanan di bawah: Pn ani..

1 comment:

Shazlin Shaharudin said...

haha lawak plak u cite pasal cincin tu...
camane duit gaji ami terselamat? sorok mane?