Bulan nie, aku menyeberang ke utara, ibarat anak pulang ke ibunya...begitulah ibarat usm kubang kerian & usm induk di penang (ceh...x larat. sangatlah bersastera). disebabkan aku adalah pemegang biasiswa USM, aku dikehendaki utk menghadiri seminar sempena bulan postgraduate. tapi ke sana utk 2 hari plannya padahal benda seminar tue hanya utk 2 jam..cuba teka apa benda yang tak de kat kelantan nie yg ada kat tempat lain..uh..uh..dulu ms duduk selangor, ms undergraduate memang sokmo aku buat benda nie..yg selalu jadi mangsa ialah eha & kak shikin (lamanya x jumpa kak shikin..eha jugak, rindunya kat mu). of courselah menonton wayang. kat kelantan nie wayang kulit adalah, tue pun seingat aku x pernah lagi aku tengok dan selalunya dipertontonkan dalam dielek kelantan...aku punya kelantan x baik langsung. ckp..memang bunyi siam..pendek kata memang x leh jadi org kelantan lah..aku rasa belajar ckp indon lagi cepat. pendek kata memang bestlah tengok wayang. tengok jenifer body (nie diorng yg nak tengok) & 2012 (nie memang aku nak tengok)..best nya 2012!!very like it walaupun ada yg x logik di fikir dek akal (sudah semua tenggelam tapi yg pelakon utama masih lagi selamat, ala2 nabi noh punya alkisah pulak) dan memang betul, yg org kaya mesti dapat info berbanding org biasa. jadi terpulang pada cita rasa masing2, mungkin ada yg suka seperti aku dan mungkin ada yg kurang atau tidak menyukai cite ini. apa2 pun gaya persembahan dan audio dia yg menarik perhatian org ramai utk menontonnya dan dengar cite tiket2nya sole out utk 2 minggu lepas.. memang antara cerita yg dinantikan sungguh..ok..habis cite pasal wayang, cite pasal postgraduate balik. actually, aku sepatutnya berada di penang sehingga jumaat sahaja. tapi disebabkan oleh cik 'yam' kite kena kiss dgn nyamuk dan menyebabkan denggi. so, aku pun mengambil keputusan utk menemani kak hatin di penang ini. tahun depan pun aku kena ke penang jugak cause every USM's fellowship students kena pegi utk attend conferencess ini. soalan dia memanglah kaw2 punya sampai kena berfikir lama sebelum dapat menjawab soalan yg dikemukakan. ada setengah tue x sempat jawab dah kena soal lagi..so, the coclusion is kena get ready dgn segala yg akan berlaku ms present nanti..insyallah boleh buat!
kiri dr atas: me & ayu, symposium yg akan ku lalui tahun depan, takutnya..., wayang yg memang aku nanti utk ditonton. yes!!dapat tengok jugak..., kak hatin b4 present..
27 hb tue, umat islam di satu malaysia dan dunia menyambut hari raya haji dengan penuh kesyukuran. amin...dan bagi aku dgn penuh kekenyangan...ha!!ha!!tahun nie aku x balik beraya di sungai besar.cuti x lama dan raya kat sini ok jugak. banyak betul undangan sampai x menang tangan nak berjalan ke sana ke mari. kalo ada kete, mahu semua tempat aku pegi..ha..ha..tamak sungguh makhluk allah nie. tahun ni aku beraya dengan emi & kak fini. mlm raya tido di umah kak fini utk menyediakan juadah raya yg semuanya berasaskan western food. well...x raya kat rumahkan jadi memang betul mcm dok diperantauan.. (nasib baik utk raya haji nie x de salam perantau, kalo tak memang ada niat nak hantar, ha!!)ptg raya tue, aku, emi & kak fini ke umah mami. raya kedua, aku, emi, muni & along dengan menaiki kete aini menuju ke rumah sya. tahniah sya & selamat pengantin baru... raya ke-2 nie mengingatkan aku pada eha. tahun lepas pada ms ni eha telah kehilangan ibunda yg tersayang. sedekah al-fatihah sebentar pada arwah ibunda eha agar rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan org2 g beriman. amin... raya ke 3, kiteorng ke umah kak zila & azwan. well, raya haji di kelantan memang seperti yg dikhabarkan b4 aku ke sini & masalah jem semasa raya haji juga..jangan cakaplah...kalah kl. baru raya haji, kalo raya puasa..lagi teruk...ramai betul org kelantan nie merantau mencari rezeki di luar kelantan...oh ya, 27hb tue jugak, cite yg aku dok tunggu2 setiap hari jumaat 'nur kasih' tamat jugak siaran. luckly, hapi ending. hope pasni ada cite yg boleh menarik aku agar melekat kat tv pd setiap minggu...tapikan, kalo namanya main kat tv3, boleh tengok online. tapi lagi menarik kalau tengok kat tv, nampak jelas , terang & nyata ibarat hukum idzhar..
kanan dr atas: di pagi raya, ala..mcm gambar family pulak. me, kak fini & emi, gambar bersama mempelai di hari raya ke-2.
Kiri: us & sya..., antara babak dlm nur kasih..
anyway, that's all for this month. lastly nak ucap tahniah & selamat pengantin baru buat anum (sliss,08-2000), yus (ktt-03/04) and sya (usm-08 and kini). to anum & yus...he..he..sorilah aku x dtg.hish..rindu nak jumpa budak sekolah aku, hope boleh jumpa ms kawin acik nanti.. & to adik2 yg sedang menduduki SPM, mainly for my sister maznah..buat yg terbaik and akakmu ini sentiasa mendoakan yg terbaik utk anda...insyallah..jumpa utk bulan disember pulak..
anyway, that's all for this month. lastly nak ucap tahniah & selamat pengantin baru buat anum (sliss,08-2000), yus (ktt-03/04) and sya (usm-08 and kini). to anum & yus...he..he..sorilah aku x dtg.hish..rindu nak jumpa budak sekolah aku, hope boleh jumpa ms kawin acik nanti.. & to adik2 yg sedang menduduki SPM, mainly for my sister maznah..buat yg terbaik and akakmu ini sentiasa mendoakan yg terbaik utk anda...insyallah..jumpa utk bulan disember pulak..
No comments:
Post a Comment