Saturday, May 8, 2010

april 2010


'Bila april tiba hati mula berkata, oh tidak, cepat masa berlalu'..aiyah..pejam celik, pejam celik dah bulan april..entri baru nie nak mulakan dengan bacaan al-fatihah dan semoga dicucuri rahmat keatas roh sahabatku, ihsan (member matrix) dan tak lupa jugak pada din beramboi, yanie mentor & achik spin..last time bertemu dengan arwah ihsan ms majilis sue di shah alam bulan mei 2009. mula2 ms tahu, memang terkejut sampai tergamam, terdiam dan terhenti dia sebentar membuat kerja lab. tahu pun dr ruangan title yg dipos azhim dlm facebook dan terus aku pergi ke fb arwah dan banyak ucapan takziah buat keluarga arwah ada disana..sampai kini keputusan postmortem arwah masih aku tak tahu & juga member2 matrix. kekadang teringat arwah ustaz sobri pernah bercerita di sekolah dulu..'Kematian manusia ini boleh menerusi 3 sebab. 1. sebab tua. 2. sebab sakit. 3. sebab kemalangan.' insaf sebentar...

Gambar kanan di atas: Bayangkan kalo arnab dah start berhias & bermake-up..macam nie agaknya rupa diaorang..ha!!Gambar kanan bawah: Kenangan terakhir bersama arwah ihsan semasa di majlis perkahwinan sue (member ktt) mei 2009.moga roh sahabatku ini dicucuri rahmat & diletakkan dikalangan hambaNYA yg beriman.amin...



april ini, selain membuat kerja seperti mumia hidup (kekadang memang rasa x larat, tapi kena kuatkan semangat jgk..caiyoh hasnah!!, psiko diri sendiri), kejap kena tengok kalender sat. planner x pernah wujud lagi dlm kamus hidupku. kalender nie pun diberi oleh company...bulan 4 lalu telah berlangsung 'bowling tournament PGM 2010!!'. As a project manager for this year, kat blog nie nak merakamkan terima kasih x terhingga kepada all genoms cause participate dalam bowling ini, x lupa jugak deeply thanks utk ajk2 yg terlibat..syibli, amin, aizat, mar dan arfah..ho..ho..hilang 1 beban lepas habis tournament nie..x lupa jugak pada kak an & all sponser yg mensponserkan diri anda..tahun depan mintak tolong lagi ya..he..he..tahun nie, aku digroup ke-3 with kak an, abg saru,dr alya & husband, kak ina and dr teguh..tapi thn nie, main memang x concentrate mcm tahun lepas..aku memanglah x leh nak concentarte sangat kalo main & jadi ajk serentak..ha.ha..memang alasan tp x kisahlah menang atau kalah..yg penting..enjoy!!


Gambar kiri atas: group 1 (blue team) & no 1 pada tahun ini..tahniah!! Gambar tengah atas: group 4 (green team), chairol menang lagi ko tahun nie ya.. Gambar kanan atas: Group 2 (brown team), meriah sungguh group ini ms main..itu yg kite cari..
Gambar Kiri bawah: group 3 (black team), my team. alamak!! dr teguh x de pulak, kurang ahli kumpulan..ish..ish.. Gambar tengah bawah: group 5 (white team), tahun nie johan bahagian laki (suami kak shima) & ladies (ina) dua-dua diaorng sapu.. cayalah!! Gambar kanan bawah: group 6 (red warrior). kenapa dipanggil red warrior, cause kebanyakkan team kat group ini memang kelantan, huda & syibli pun dah mcm ala2 kelantan. ha..ha..


April nie jugak kali pertama utk tahun 2010, aku mengikuti conferences dan kali ini bertempat di royal chulan hotel, jln conley kuala lumpur..hotel nie memang hotel baru cause bila aku tanya akak kat monorel, pakcik teksi semuanya hanya mengelengkan kepala..jadi me & jue berpandukan gambar yg di lihat di internet dulu..kiteorng pun meredah kl mencari hotel berkenaan.lupa pulak nak story permulaan journey dr kb ke kl..kali ni, kiteorng (me, jue & kak sha) memilih ktm sebagai modul pengangkutan kami ke sana..saja je naik keretapi cause memang x de pengalaman sebelum ini menaiki keretapi..overall, memang seronok..yg kelakar kalo nak berjalan dr satu gerabak ke gerabak yg lain..i mean dr tempat kiteorng mahu ke kantin yg terletak di bahagian tengah keretapi..jalan mengiring ke kanan & ke kiri, mcm ala2 org mabuk pun ada & sanagt kelakar..ha!!ha!!tapi memang 1 pengalaman yg menarik walaupun perjalanan mengambil masa 13 jam..memang x terasa cause ms kebanyakkannya dipenuhi dengan zzzz.....sampai di kl sentral, ingat mahu melepak2 di surau after breakfast di MC donald, tp surau hanya beroperasi bermula jam 1 petang..ish..ish..jadi menelefon cityvilla dan meminta utk mencheck-in diri seawal yg boleh..nasib baiklah pihak pengurusan hotel tue bermurah hati & allow us to check-in pukul 9.30 pagi..ok, hotel ini berhampiran dgn IMR & monorel jln chow-kit..jadi mlm 2 tue memang ramai yg berjual mcm barangan di bawah tapi masalahnya semuanya org indonesia. kiranya boleh dibilang berapa saja org2 malaysia berjual di sini..terasa seperti berada di indonesia sebentar..ptg tue, aku & jue pun mensurvey jln ke hotel tue dan apa yg terjadi selepas itu seperti yg dikatakan di atas..jumpa saja hotel, terus call rani sebab jue nak tumpang beg dia dlm bilik rani.overall, bilik dia memang cun, pemandangan yg menarik tp harga sangat mahal. dikhabarkan rm 600++ semalam almaklumlah terletak dikawasan yg boleh aku katakan antara kawasan elite di kuala lumpur berhampiran dgn Pavillon shopping complex..lepas jumpa rani, me & jue merayau2 ke Pavillion dan pegi ke GSC menonton 'clash of titans' dlm bentuk 3D. first time aku menonton filem 3D ini dan part paling best ms diaorng bertarung, nampak sangat real..tapi memang x leh lawan 4D yg aku tengok ms kat melaka dulu..overall conferences ini banyak terarah kepada medical genetic (nama conferences pd medical genetic) jadi kami2 ini (aku, jue,mar, emi-neuro) kureng sikitlah tapi ada 1 benda yg x leh nak dilupakan adalah makanan dia yg sangat sedap...sedap sangat & sangat berpuas hati!!memang layak digelar hotel 5 bintang. kalo ada conferences lagi kat sini,'aku pasti datang menemuimu'..





Gambar Kiri atas: all genoms yg hadir utk conference, just jue x de cause dah balik awal..gambar tengah atas: jue, me & mar diruang legar royal chulan hotel, KL. Gambar Kanan atas: Jue & ami (neuro) tengah fokus dengar ceramah & aku sedang ligat mengambil gambar diaorng. see dr kannan, your student was so focus during that conferences. (jue, sila jawab sendiri...he..he..)
Gambar Kiri bawah: me & jue di kaki lima bilik hotel di royal chulan hotel. Adakah wajar aku gelarkan 'kaki lima'.he...he...Gambar tengah bawah: tag nama & buku conferences. Gambar Kanan bawah: antara landskap yg terdapat di royal chulan hotel, KL

I thinks it's all for now..hingga berjumpa di pos bulan Mei pulak.. Adios!!

Saturday, April 3, 2010

cuti sekolah penggal pertama

oh..cuti sekolah kembali lagi..bestnyalah..tapi aku mana ada cuti..buat cuti sendiri adalah...saat nie barulah teringat kata2 bapak ku..'jadi cikgu jelah..senang sikit..cuti pun banyak' tapi bila aku fikir betul..ada jugak kebenaran disebalik kata2nya..tapi cikgu sekarang pun kena gi sekolah jugak time cuti, lagi2 yg mengajar kelas peperiksaan...anyway, fikirlah sendiri... saja je letak gambar hati di sebelah cause sangatlah kreatif org yg menangkap gambar nie..dan alangkah bagus kalo semua manusia di dunia ini bersatu..x de lah peperangan yg melanda & banyak faedah yg kite dapat dengan bersatu hati..x gitu?


ok, story sikit apa yg berlaku sepanjang bulan 3 nie..ok..seperti mana yg dikhabarkan (kita tiick kat kelendar cause dah mencapai sasaran yg pertama)..this month ialah majlis perkahwinan kawan baik saya & my jiran yg sebaya dengan ku (acik aka shuhada dan faizah). well..mengimbau kembali cara aku berkenalan dgn faizah..dr kecik lagi aku dah kenal dengan dia nie..1 sekolah agama & 1 sek men until form 3 cause dia dpt tawaran sambung belajar kat mrsm melaka..dan acik pulak (aku lebih suka gelarkan dia acik compare shuhada maybe dr sek dulu dah panggil dia mcm tue, so agak sukar utk diubah sekarang)..mula2 kenal ms sek agama. dia dgn geng dia nie selalu msk masjid lambat and me as pengawas pada ms tue selalulah tegur geng2 dia supaya cepat2 sikit masuk masjid. pastu kiteorng start rapat ms sek menengah..yalah dr form 1 until form 5 kiteorng 1 kelas..dan dlm banyak2 kwn ms sekolah dulu dia adalah yg paling rapat dr dulu sampai sekarang dan including 2 kisah percintaan dia termasuk dgn hubby dia sekarang..tapi for personal opinion, aku lagi suka husband acik kini berbanding 'kekasih' dia dulu (to acik, jika anda membaca entri ini, jgn ambik hati ya..he..he..)..cause more friendly & aku tengok memang sesuai sangat dgn ko acik..so, on her wedding day, i am d pengapit..ish...memang first timelah aku buat buat keje nie..memang x de pengalaman langsung tapi demi sahabatku ini...aku gagahkan jugak utk melakukan kerjaya yg mencabar ini..selamat penganti baru buat acik & iman..tak lupa juga buat faizah & izwan..hope both of you will life happily ever after..amin...dan buat pengetahuan semua, this is kali pertama aku menghadiri majlis perkahwinan kawan sekolah ku..kekadang terfikir gak..alangkah bagusnya dapat join semua majlis buat sekolah..cause i really miss them..hari tue pun berbual2 sekejap je..uh..uh..p/s aku gi kenduri acik utk kedua2 belah..di sel dan kelantan..kenapa? cause dekat je umah iman dgn usm..dalam 20 minit je..jadi..pegi jelah..





Gambar kiri: resepsi di kelantan. gambar tengah: antara batch 11 SLISSIAN yg hadir. gambar kiri: acik & iman. ada cite kelakar kat sini cause makcik acik asyik membetulkan pengantin shj beberapa kali sampai kami yg pengapit (aku & sepupu iman) tersalah payung dan kipas pengantin..aduh..kipas jelah mempelai ini..




Gambar kiri: us yg aku kenali dr sek rendah bersama mempelai. Gambar tengah: aksi dr pengantin & berani mati dr jurukamera. Gambar Kanan: antara batch 11 SLISSIAN yg hadir


so..bulan ini jugak menyaksikan kepulangan ku ke sg besar buat kali pertama pada tahun 2010..aku memang jarang pulang ke rumah and very luckly i ada parents yg begitu memahami anaknya yg sangat malas utk pulang ke rumah..so..ingat nak pergi berjalan2 2 hari di kl tapi memandangkan kemalasan sangat bersarang di minda yg malas..jadi, mcm nak habiskan bercuti sahaja di rumah..just singgah kat shah alam sebab temankan maznah pegi ekspo 'selangkah ke uitm'..aku memang suka part2 gi ekspo ni, bukan apa..banyak sungguh free gift yg dpt, bak kata org rezeki jgn ditolak & musuh jgn dicari.ha!!ha!!singgah menjenguk plaza alam sentral, gi kedai kek (cause sekarang my mom tengah gile buat cheese kek & anak2 dia pulak sponser bahan2 terutama kak ety), singgah jumpa kak faiz & ambil tv ku yg sudah lama ditinggalkan..dan last sekali merasai kelazatan satehut di tanjung karang dan membawa pulang 110 sate..ha!!agak giler tak? tue nasib baik ada 1 org adinda ku yg kuat mkn x balik..bdn je kecik tapi melantak memang no 1..tapi memang sedaplah sate nie..patutlah ramai org kat kedai ni...

balik dr selangor menyimpan azam utk menyiapkan kerja yg tertangguh before my next vocation..memang x sabar2 lagi..fly with wings (wings di kapal terbang) with my mom to london..london..here i come!!tapi banyak senarai yg nak kena siapkan before pergi:
1) hantar extension utk fellowship 14 mei 2010, nanti sapa pulaklah nak tanggung aku sem berikutnya kalo x hantar..memang cari nahas. sedang berdoa agar interview dipanggil before aku fly kalo x memang cari nahas..uh..uh..ya ALLAH kabulkanlah doaku ini..

2) publish paper..tengah diusahakan..siap hantar 1 paper kat prof, 1 lagi kena buat major correction dekat disscussion..

3) janji kat prof,'i will submit my intro & method to you before my vocation!!'update sekarang..dah lama tertangguh..kena start segera..ha!!ha!!

4) menutup petty cash cause aku rasa mcm payah je nak dpt extension kali ke-3 nie utk e-science fund..kalo dapat memang ajaib..tapi entah aku rasa mcm x de harapan je..

5) buat keje sebanyak yg mungkin...nie mcm payah sikit. tapi usahakan tanggan kejayaan..so, cayok!!

6) menghadiri conferences. senarai conferences bulan 4: di kl. bulan 7:di kelantan

so, semua leh lihat bila tarikh saya akan berlepas ke sana and i only have another 2 months utk setelkan semua ini...hu..hu..


akhir aktiviti utk bulan ini adalah percutian secara beramai warga usm & juga pusat genaom sendiri. kenapa? because it is sultan kelantan birthday..dan suka nak tulis di sini..di kelantan sempena birthday dia kami cuti di sini cuti 2 hari..bagi aku? x effect pun i still need to go to the lab..omg!kena bertahan..hr tue jugak menyaksikan along,ami & muni pegi keje dekat d classic..'tinggal lah aku..kini seorang diri...'.tapi..esoknya aku x keseorangan cause ami x jadi keje kat sana..yalah..sikit sih dia bayar gaji diaorng..nak tolong, aku pun x tertolong, just leh tolong kesian je kat diaorng. takpe, insyallah ada juga rezeki utk kalian di tempat lain, and kalo dah ada tue jgn lupa ambik peluang. tapi tahun nie birthday sultan agak x meriah compare 2 tahun lepas. sultan x sihat & banyak betul conflict dalaman istana kelantan..anyway tuanku, moga cepat sembuh ya..

ok, that's it merapu2 utk bulan nie..banyak keje kena buat but malasnyalah mahu buat..sedikit ucapan buat cik 'otak' dan cik 'badan' sila membuat keje secara bekerjasama ya agar kemalasan dapat dibendung..ok, adios!!

Friday, March 19, 2010

Februari 2010

Minta maaf sangat2lah cause every month entri akan masuk agak lewat..napa ya? ha..malas lah nak cite benda yg sama.. hidup nie memang cepat berlalu and sedar2 dah banyak bulan yg ditinggalkan sejak 2010..makin besar nie terasa makin cepat masa berlalu...alangkah baiknya jika masa boleh diundurkan... saat masa bermain dengan banyak...tiba2 teringat kat eha...cik eha, bila mahu ke kelantan?..


Februari nie... apa nka cite ya?sekejap, kena belek kalendar atas meja cause semua aktiviti dicatatkan di sana..secara rasminya, aku mengumumkan semua kerja dr mmed and ippt telah selamat ditamatkan dengan penghantaran segala reagent2 di sana..akhirnya!!dan secara rasminya, saya akan menumpukan segala kerjaya saya bagi menamatkan master dan hopefully dapay disiapkan pada masa yg ditetapkan..insyallah....amin...penat jugak sebenarnya terkejar-kejar antara hematology lab, blood bank and genom...and hopefully segala yg dikerjakan selama nie akan berhasil..



5/2 hari tue, disamping birthday my mom 'hapi birthday mak' yg ke-56, kak fini, tasya and me pergi menyertai aerobaton yg diadakan di kompleks sukan USM, kelantan nie..memang sangat happening event tue walaupun terpaksa bersenam selama 2 jam tanpa henti (ada berhenti dalam 1-2 minit setiap 30 minit, gila ke kalo x berhenti...memang ramai gak lah yg kena masuk a& e kejap lagi)..makcik2 yg sangat vogue dr segi pemakaian, muzik yg sangat happening (sampai terasa aku kat kelantan lagi ke), instructor yg memang gila (paling suka segment ke-3 bersenam ala2 tinju & segment ke-4 menari habislah, sapa kata lelaki x leh jadi instructor utk semanaerobik..) pendek kata memang best!!walaupun me & tasya x menang (ada pertandingan utk aerobaton nie, cara dinilai memang x tahu) tapi kiteorg x kisah....tahniah utk kak fini cause menang utk aerobaton (actually saya target akak dapat wang tunai, tapi dapat hamper pun ok, leh makan....)hope tahun depan leh join lagi...just wait and see..ha!!ha!!




Gambar Kiri : us with MCD maskot, sian dia..ramai betul org nak bergambar dengan dia..budak2 pulak kejar dia dalam dewan badminton nie..Gambar Tengah: sejurus selepas habis aerobaton..penat tapi best. Gambar Kiri: Us again..yg nie kelakar..banyak kali ambik gambar guna kamera tasha, tangan semua org menggeletar after aerobaton..tangan aku jangan citelah..at last nie gambar yg paling menjadi...ha...ha..


14/2, selain valentine day, aku terpaksa duduk umah sorang2 cause my housemate kembali ke tempat asalnya..mulanya ada ami & mar tapi kedua2 mahu pulang...aku, aku x balik cause aku dah beli tiket utk pulang bulan 3 nanti..takut? ada sikitlah..tapi kuatkan hati jelah...lagipun aku kejar masa utk siapkan lab work nie...jadi..tiba2 teringat 1 lagu,'berkorban apa saja, rumah ataupun lab work, ha!!ha!! malam masa aku tengah dok sorang2 tiba2 aku dapat sms. 'ada kat rumah tak?berapa org kat rumah?' aku pun dengan senang hati menaip 'sorang je..napa? nak dtg ke?' kawan aku (acik nie member sekolah rendah sampai menengah, memang rapat sampai sekarang..) 'nak dtg esok'..aku pun apa lagi..ha!!ha!!ada jugak lah org temankan aku..kalo tak tv tengok aku, aku tengok tv..aiyah..sangat bosanlah...nasib baik ada kawan....acik nie dtg kelantan utk test baju pengantin dia belah sini..hapi for her cause jodoh dia sampai, cite seterusnya akan diceritakan di entri akan datang...tunggu...

28/2 jugak menyaksikan jiran sebelah rumah aku pun mendirikan masjidnya..sorry, x datang..takpe wakil dah antarkan.. Gambar kiri: pengantin with her friends and sisters..






rasanya, tue je entri utk kali nie...jumpa next entri..adios!!!

Friday, February 12, 2010

Januari 2010

Selamat datang 2010..utk entri baru nie, actually kurang ada berita yg menarik yg hendak dikongsikan. that's why napa mood utk menulis blog pun kurang di add with timbunan kerja yg banyak..ha!!ha!!that's what we call a live, and sebagai manusia kite kena ambilnya as cabaran..right? this month yg paling menarik adalah my 'darling' is back, welcome back 'dear' and i can start my work again..alhamdulilah!! and syukur kepadaNYA, 29hb Januari yg lepas, umur aku genap memasuki 25 tahun.. masih lagi bernafas, dipanjangkan umur utk memcari ilmuNYA di serata dunia dan lain2...amin... ada sesetengah org akan merasiakan umur dia, but for me, age is a number.. what most important is hati...hati mesti sentiasa muda & always happy in your life...so, kite enjoy!!


Cerita pasal my birthday, thank guys for your wish, betul2 rasa terharu and in my fb page begitu banyak sekali ucapan yg diucapkan.. ok, di sini aku just pilih beberapa ucapan sahaja utk diwar-warkan di blog ku ini. eha: aku ingat ko x ingat birthday aku cause tahun lepas ko lambat wish, after a week than you remember..betul2 sangat terharu dan kalo time2 birthday nie memang wish sangat yang aku dapat sambut my birthday masa kat matrix..ingat lagi tak eha, budak bilik kite ada 4 org yg lahir bulan satu. eni, ima, mimi & me..betul2 sambutan yg meriah dgn hadiah yg banyak and kek yg lebih dari satu..miss d moment so much and wish we can have that moment again.. soaln lain2 tue, biasalah..bila mahu kawin..aiyah, aku paling lemahlah soalan mcm nie..mcm mana nak ckp ya, what i can say, belum masanya lagi, nanti kot!..kalo dah tiba masanya jangan risau, akan aku war2kan pada kalian ya.. and to kak fini, mar, huda, tasya, amin, aizat, syibli, fawwaz, kak ayu and abg nizam, thanks for d surprise..celebrate my birthday at mcdonald. actually celebrate my birthday & abg nizam birthday..thanks for d kek and present. to mar, thanks for your belanja..lain kali belanja lagi tau..ha..ha...





Gambar kiri: me & mar with my birthday cake (abg nizam jugak), Gambar tengah: us, Gambar Kanan: us with my birhday present..thank you so much!!

my 'darling' is back ..and that's mean banyak sungguh kerja ku yg tertangguh perlu disiapkan and start from january, i need to go to the lab every day..sampai syikin (roomate) pernah kata, "hasnah x penat ke?" but nak buat mcm mana...dah masuk sem 2 nie, dan hampir 3 bulan menanti 'darling' tue sihat balik..ya Allah, please help me agar 'darling' sentiasa sihat (tapi... mcm ada prob sikit sejak dia sihat nie, its mean that my 'darling' is not like before, takpe kiteorg akan pastikan awak sihat) and moga insan mu ini sentiasa sihat utk menghabiskan master ni..aimin..amin.. and syikin, kalo i jatuh sakit hope u boleh jaga i ya?..regarding for my e-science fund grant, alhamdulilah...kami dapat perlanjutan buat kali ke-2 but d extension is just for 3 months only which mean it will be end on 31 March 2010..sekali lagi we need to sent a letter to RCMO to ask for another extension..susah sebenarnya nak dapat, tapi x salah kalo mencuba. betul tak?

Gambar kiri: Susana di genom I. Gambar tengah: my darling, hope u akan sentaisa sihat ya. Gambar kanan: Suasana di genom II, yan: no picture please!!

ok, rasanya tue sahaja entri utk bulan 1 ini & PAM yg aku dok baca di internet telah dicetak juga
finally after waiting for 9 months..( penantian itu memang satu penyeksaan sungguhlah..). see you guys next months!!

Tuesday, February 2, 2010

Januari 2010!!

Tahun baru dtg lagi...selamat dtg 2010!!tentu harapan semua org agar tahun ini menjadi

Tuesday, December 29, 2009

Disember 2009


Pejam celik, pejam lagi, celik lagi...hish..hish..dah 2 tahun aku merantau kat negeri cik siti nie..ha!!ha!!, so bln2 12 nie, memanglah saat yg aku kurang gemar..napa? musim nie, aku leh kategorikan sebagai musim sejuk di Malaysia..lab yg sejuk di 'add' dgn suasana yg sejuk..memang kalo basuh baju..lambat sikit kering. kena gunakan pengiringan di dalam dan di luar rumah..Banjir...alahai..luckly tahun nie kwsn rumah kiteorng x banjir. banjir pun kena kat garaj sahaja, x msk rumah..kalo tak, kena mengangkut barang naik ataslah.. terpaksalah skuad2 ala2 'wonderpet' menaikkan diri dan barang2 di atas..apa yg penting kwn2..kejersama..ha!!ha!!utk tahun nie sahaja 3 gelombang aka amaran banjir dikeluarkan oleh jabatan alam sekitar malaysia. sian jugak aku tengok mrk2 yg tinggal di kawasan yg rendah dan yg kena banjir nie..mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ILLAHI dan kite2 yg bernasib baik nie harus bersyukur dan ringankanlah beban mereka yg memerlukannya.insyallah!


OK, story utk bulan nie..5.12 tue, ramai tul lah member aku yg kawin. akma (member sek rendah), adah, laili & huda K (member Sliss) & iman (my best buddy,msu). jadi, adalah cadangan daripada teman2 sliss agar lain kali kalo bertembung mcm nie, buatlah kat satu tempat saja..cadangan ko memang bernas din (member sliss), tapi kalo dah sorang kat sg besar (adah), kl (laili) & huda K (kg jenjarum), payah gak. kite pergi jelah mana2 yg x sempat. aku pun cuma gi umah iman je..cause aku dah janji nak pegi..he..he..para pengantin yg lain..minta maaf bangat..maaf ya..tak lupa pd syahida & fizi. Actually aku dah lama mengusik iman & hubby dia..md noor. yalah..pasangan mempelai nie berasal dr 1 negeri, 1 daerah, 1 msu, kekadang 1 kelas mate, ikut sem (cause ms kat msu dulu, batch kiteorng dibahagikan kepada 3 groups) dan 1 tempat practikal, hospital tuanku jaafar seremban..suka sangat tengok korang akhirnya bersama dan moga korang berbahagia selalu...selain tue, aku sempat jumpa eha dan bermalam di rumah kak faiz..eha..rindunya kat ko..mana ada berisi, aku tengok ok je..tapi sayang, ko x join sekali ms kenduri kat umah iman..tue lah pasal dekat 'fb' aku tinggal space utkmu..lain kali kite lepak sesama ya. wani & yana jugak, mari lepak sesama!!























Gambar kiri di atas: adah after majlis angkat nikah. Gambar kanan di atas: syahida's engagement. Gambar kiri: Laili's wed. Kanan: Akma's wed. Tengah : Iman & Md noor's wed



Bulan nie jugak menyaksikan wana menamatkan zaman bujangnya bersama en fendi..serta kami 10 bersaudara berkumpul. actually x genap 10 org cause ain x ada. ain gi sana dgn family dia. that's why di 'fb' kami tinggalkan ruang utk dia. kepulangan kak adiya & kak lin ke pt1201..welcome home sisters!!walaupun sekejap, tapi keriuhan dia memang dirindui ditambah pulak ms akak berdua sampai time malaysia lwn vietnam utk final bolasepak sukan sea di Loas edisi ke 25. memang riuh tapi keriuhan dimatikan sebentar tatkala menjelang maghrib. berdoa utk doa akhir tahun dan awal tahun..moga2 tahun nie membawa seribu makna pada diri semua..aimin..kat KT, kiteorng menginap dihomestay kak mah. besar biliknya, kiranya bolehlah utk 1 family yg ramai. kiteorng pun x banyak berjalan2 di sana. sempat ke pantai batu buruk dan pantai kelulut utk mkn seafood. menjelang majlis, kiteorng just tolong packkan coklat ke dalam uncangnya dan balancenya di masukkan ke mulut masing2. sapa dpt dia punya!!ha!!ha!! mlm tue, gotong royong 'makeup' kan baby mar..aiyah!! memang kete pengantin sungguhlah..pg2 esok, plannya nak bersiap seawal yg mungkin, masalahnya adik pulak x de. kak mah kata tangki bocor, jadi lambat sikit bersiap. nasib baik kak mah bg mandi kat bilik sebelah, jadi cepatlah sikit proses2 mandi nie. pg tue, kiteorng tolong angkat 'par' ke surau tempat wana kawin dan tolong2 mak wana bg 'sisa' kat tetamu..sempat jugaklah mendengar en fendi melafazkan nikahnya pd si kekasih hati. dengan sekali lafaz, wana sah menjadi milik en fendi setelah hampir 2 tahun menjadi pasangan kekasih. tahniah wana!!jgn lupa balik ke usm ya, master x siap lg tau!!
Dr kiri: Kami sembilan bersaudara selepas majlis angkat nikah wana & en fendi. tengah: wana & en fendi menuju ke 'istana singgahsana' di hari bahagia. Dr kanan: Di depan homestay,menuju ke majlis wana..

Bulan nie juga menyaksikan gilliran aku present journal club & banyak akaun2 yg perlu ditutup sebelum di hantar ke r&d. bulan nie jugak mencatat sejarah paling banyak wang yg aku belanjakan dlm satu masa..semuanya sebab UK punya pasal..tapi x kisahlah, memang nak pegi pun..x sabar nak tunggu ms melancong bln 7 depan. banyak keje kena siapkan b4 pegi (draft thesis, publication, keje2 lab yg nak ditinggalkan utk 2 minggu, bla..bla...aja2 hasnah!!ha!!)almaklumlah akhir tahun..banyak benda yg kena buat, x gitu? rasanya x de lagi benda2 menarik utk bulan nie. sekarang nie sedang membanyakkan doa agar mesin dhplc akan berfungsi sediakala..memang dugaan sungguhlah!!kalo x, mesti banyak sample yg dah siap..hu..hu... Selamat Tinggal 2009 & welcome 2010!!
yg nak dijumpa bulan 7 2010 sampai sanggup berhabisan duit terbang ke sana. x sabar nak ke sana. dr kiri: nurul iman. tengah: kak lin, azzam & along. dr kanan: azam in d party sempena birthdaynya yg ke 3, 25/12/2009. hapi belated birthday azam & iman jugak utk her first birthday celebration. (19/12/2009)
bersabarlah menanti mesin sihat & lihatlah timbunan keje yg menanti utk 2010..ha!!ha!!aza..aza..

Thursday, December 24, 2009

selamat datang 2010!!


2009...hm..28/12/2009 genap 2 tahun aku menetap di Kelantan nie. any progress so far..well..selain drp kecek kelantan aku bunyi kesiaman, kemanisan masih belum sebati, makanan pedas masih tidak boleh ku padam, kesimpulannya.. macam belum lagi sebati Kelantan punya favour pada diri ini..ha!!!ha!! ok, mari kite lihat apa pencapaian yg dah dapat sepanjang 2009, suka duka dan impian dan harapan yg sempat dihabiskan dalam 2009...



1. of course yg first, setelah 1 setengah tahun duduk kelantan nie, aku & tasya pun mendaftar as a master student..YES!!walaupun ada beberapa halangan yg asyik kacau ms nak mendaftarkan diri (telah diceritakan di entri lepas), alhamdullilah..berjaya jugak. 1.7.2009 menjadi tarikh rasmi kami bergelar as student master di USM. and alhamdullilah juga, dapat fellowship dr usm. jadi tasya, mari kite bersama2 menyiapkan kerja and very hopefully dapat habiskan master kite dalam 2 tahun ini.. juga kepada student2 lain like kak finie (hope sangat akak boleh habiskan tahun 2010 jugak, mcm apa yg akak harapkan), mar (moga impian anda habis tahun 2010 akan berjaya juga..aza!!), kak hatin, arfah, kak mareen ( aza!!aza!!utk 2010), kak sha (aza!!), kak yana, kak aisyah, kak chik, rani, atif, fatemeh, abg nizam (rasanya dah ckp semua, sori ya yg tinggal) moga tahun depan kite semua dapat siapkan sebanyak mana keja yg ada. and selamat dtg kepada batch baru sem 2 09/10, jue, ct, ina & sathiya!!mari bekerjasama semua..aza!! insyallah, amin...














Dua2 gambar masa conferencess kat genting. kat genom nie, kiteorng 1 batch...ok, tasya..jom habiskan master bersama2 & graduate bersama2 jugak!!


2. conferencess tahun nie just sempat pegi ke 2 tempat je. satu di usm, kelantan (nie present utk poster presentation) dan 1 lagi ke genting, pahang. and of course kat gentinglah yg paling best. sebabnya memang dr undergraduate memang nak ke sana dgn kwn2 ms msu and asyik2 x jadi..jadi, peluang yg ada jgn dilepaskan, walaupun hanya sempat main beberapa permainan (indoor & outdoor) disebabkan cuaca yg x baik dan masa yg tidak ada..hu!!hu!!lain kali mintak2 leh pegi kat sini lagi... walaupun b4 tue, rs nak tersemput nafas, tercabut segala organ dr badan dan mcm2 lagi.. cause... kena present oral. luckly i make it (oral presentation) as what i promise to my supervisor..YES!!



Dr kiri: me, tasya, ct & kak aisyah at dinner..lambat gila menteri dtg sampai dah kebulur kiteorng. tengah: berhenti mkn kat kuala kerai. dr kanan: genoms yg join conferencess kat genting..lain kali kite pegi ramai2 lagi tau...and tempat yg lebih menarik!!


3. bercerita pasal berapa kali aku pulang ke sg besar utk tahun lepas..jap, nak ingat dulu..mula2 ms Januari cause ada interview NSF dr MOSTI (walaupun x dpt, apa nak buat x de rezeki), alang2 dah balik..bos..mintak cuti 5 hari boleh?ha!! then, bulan 7 after daftar, alasan..hm..'bos, please! consider it as my semester break..' gila best punya ayat..bos pun main gelak2 je..and said 'ok!'. lepas tue balik WAJIB!!balik raya...gila aku x balik ms raya, mahu menangis aku sorang kat kelantan. lain lah kalau aku duduk 'oversea' atau 'overselat', logiklah sikit. nie duduk kat Malaysia tapi x balik raya.. ish..ish..lainlah aku ada keje..tak gitu.. (mahu kena marah dgn mak bapak aku kalo x balik..ha!!ha!!)jadi bila di kira2 aku hanya pulang ke sg besar 3 kali dlm satu tahun..ish..ish.. (anak derhaka sungguhlah aku nie..he!!he!!, tapi hampir tiap2 minggu aku call rumah, borak2 dgn mak, bpk dan budak2 tue, oklah tue..) ada progress sikit compare 2008, 2 kali. yg pasti tahun depan memang kena banyak kali balik sg besar.. kenapa?..nanti aku cite..



Dr kiri: kami di kala raya 2009...Tengah: me & maznah..Dr kanan: Me & odin after majlis kawin along,30.4. 2006..penatnya..hanya Allah yg tahu..balik Shah Alam tue memang rasa nak tido je..hu..hu..


4. Perkahwinan 2009..nak ucap tahniah lagi to all my friends yg mendirikan masjid 2009. to sk friends (akma & aini), sliss (laili, adah, anum, pali, zahratun & yanti), ktt (sue& kak ainur) and msu friends (dila, febby, fisya, kak rohaida and of course IMAN!!), dan yg bakal mendirikan masjid next year syahida and acik (antara sebab napa aku akan pulang ke sg besar, aku memang akan dtg ke umah ko and iman..tunggu!!) yg tertinggal tue, minta maaf ya!! Aku punya, nanti kot ( sila buat suara gaya2 iklan fair & lovely tu ya!!)


Gambar di atas: setakat hiasan. banyak nie kalo nak letak semua..gambar2 perkahwinan rakan2 ku ini, sila lihat pd entri yg lalu..




yg kureng menarik tahun 2009 nie, disamping my dear dhplc yg masih belum pulih (OMG! bila nak baik nie, very hopefully 2010 akan membawa sinar kebaikan akan kesihatan 'anda'), kena tegur dgn sv tue, biasalah...namapun student. mana leh betul je sepanjang masa, kalo x, tak delah wujudnya sistem supervisor & student nie..thanks so much for your guide...saya perlukan guide lagi dr lebih banyak lagi..., yg lain...fikir jap..x de kot.. kalo ada sapa2 terasa dengan aku nie..minta maaf ya..saya nie manusia biasa..memang kalo buat salah tue, x leh larilah...yg x tertulis tue, biarlah simpan (rasanya x de yg penting), x muat pulakkan nak tulis (sebenarnya malas nak tulis!!)..ha!!ha!!



rasanya tue sahaja setakat 2009 nie. wah, nak msk 2010 and of course naik lagi umur 1 tahun lagi..cepatnya dah msk 25...ish..ish..lagi cepat sebab lahir bulan januari...nasib badan, terima jelah. x baik x redha apa yg ditakdirkan olehNYA. so, mari lihat azam aku tahun 2010 pulak..




1. Kehendak: ada benda yg aku teringin nak ada utk 2010 nie. aku nak ganti balik mp4 aku yg rosak itu..ish..dah lama x dengar lagu b4 tido..dulu selalu buat sampai esok pg kena charge balik mp4 tue (ha!!ha!!). kalo sapa2 tengok cite 'prince turn into a frog' mesti korang ingat bentuk katak yg cute tue kan? disebabkan aku geram sangat dengan katak itu yg aku jumpa kat kedai parkway kat kb mall tue, kalo aku rasa mcm nak membazirkan duit, aku mungkin beli kot. sebenarnya geram dengan isi patung katak tue, yg bentuk bulat2 tue, mcm ain punya katak jugak. tapi ain punya versi kecil yg dihadiahkan oleh eha ms birthday ain dulu... tido atas patung tue pun best..ha!!ha!! aku ada mengikuti blog2 mereka2 yg tulis novel nie dan memang dah target utk beli beberapa novel yg bakal diterbitkan. lama betul tunggu versi cetak nie..ok kawan, terutama azie, jemputlah dtg umah aku bulan 3 nie. aku ada kat umah, koleksi aku tersedia utk ko baca..yg lain2 mcm pakaian, tue memang tiap2 tahun aku beli..yg lain2 kena tunggu!!tengok kewangan dulu...he..he..


Gambar kanan: Setakat hiasan je..aku x confirm lagi nak beli model mana.. Kalo boleh nak yg mcm aku punya yg dulu..





2. Kerjaya: nak ckp kerjaya ke? bolehlah..kerjaya as a student. for this year, nak keje kuat2 sikit. hope sangat dhplc akan berfungsi balik (hopefully sangat bulan 1 nie jugak)..banyak sangat yg tergendala nie...ikut hati memang nak skip je part tue, tapi..mesin tue terkandung dan termaktub dalam rangka keje aku...ah!!tensionnya. kena banyak2 bersabar lagi..tahun 2010 nie hope sangat boleh siapkan seberapa banyak sample yg dapat, dapat hantar draft introduction & method b4 bulan Julai atau bulan2 sebelumnya, dapat publish paper agar dpt sambung usm fellowship cause i need to penuhkan beberapa syarat yg ditetapkan oleh ips, usm. setakat sekarang, aku baru ada abstract for NCMHS 09, extended yg diletakkan dlm buku procedding for Malaysian Genetic Congress 09, journal yg dipublish oleh my senpai: congrate! and tengah menunggu satu lagi journal yg masih di dalam rangka utk disiapkan. tapi masalahnya semua tak di acknowleadge pd usm fellowship aku..hish..hish..kena bersungguh nie.. hope tahun 2010 akan menjadi tahun yg baik, dapat ikut seberapa banyak conferences (insyallah, kalo ada result), bernasib baik utk siapkan sample dan paling penting agar aku nampak sedikit ruang utk menamatkan master dlm tempoh 2 tahun. insyallah..amin! so tasya, lets we do it & so to another friends in HGC.



3. Kepulangan anak perantau: ha!!ha!! nie bab paling best. so utk 2008, aku just pulang ke 'big river' utk 2 kali sepanjang tahun 2008. for 2009, mencatatkan kepulangan ke sebanyak 3 kali. tapi utk 2010 nie, memang dijangka kepulangan paling banyak dlm sejarah sejak aku dok kat kelantan nie. kenapa? bulan mac nie aku balik cause it is my 'best friend wedding', acik aka norshuhada mohammad amir (sori, for wrong spelling, lama aku x mengeja nama ko nie acik), my 'brothers convocation', satu di PD (mamat) dan satu di UKM,bangi (Odin,teringat ms along konvo dulu), my vocation to belfast, ireland (setelah hampir 3 tahun aku x guna pasport, kini ms utk menggunakannya, x sabar nak ke sana jumpa along, kak lin, beloved azam & iman) with my mom..mak kite jln berdua lagi..semua x nak ikut (duit x de sebenarnya, nie pun penat aku kumpul lebih 1 tahun, nak sponser..aku sendiri pun tak tersponser diri..) dan of course ms raya aidilfitri, jadi bila2 aku congak balik, purata utk aku turun tahun 2010 nie adalah sebanyak 5 kali and it take about selang 2 bulan lebih..ho!!ho!!banyaknya kena mintak cuti dan nampaknya kena bertungkus lumus kat lab sungguh nie b4 menjelang tarikh2 aku kena pulang nie...



Dr kiri: kali terakhir kiteorng berkumpul 1 family..kalo x silap mengiraan aku masa tahun 2007 cause azam lahir 25.12.2006 and kak lin berpantang 1 bulan di kuala pilah dan 1 bulan di sg besar and ada gambar kak ety sekali..bilalah kite nak kumpul lagi..kak ety dah balik, along pulak fly, lepas nie sapa pulak ya nak fly...Tengah: in coming my best friend wedding..acik & iman..nie memang aku g belah acik & belah iman sekali..insyallah..Dr kanan: Salah satu sudut rumah ku..

4. Percutian: la..la..x sabar nak tunggu bulan julai 2010. hopefully, leh gi belfast,ireland..ish x sabar nak jln ke negara org after 2007, berjalan2 ke bandung, indonesia. nasib baik gi tempat org putih, kalo ke negara arab memang aku kena bukak balik buku sek menengah takpun bertapa dgn adik aku (komunikasi tue leh jugak lah aku ingat sikit.kalo dia ckp ala2 sastera tak pun bahasa pasar diaorng, memang ada jugaklah tafsir alquran aku bawak jap lagi)..tuelah ilmu yg ada x diamalkan, jadi banyak yg lupa..apa2 pun, tiket ke london dah beli walaupun terpaksa menghabis rm2626 utk pegi-balik..hish..hish..ms transfer duit tue menggigil2 jari..x pernah lg keluarkan duit sebanyak tue seumur hidup.. la..la... tapi utk along, kak lin, azam & iman..nak pegi jugak!!kena kumpul duit utk ke sana. alamatnya, b4 ke sana memang aku akan menjadi kedekut sikit nak keluarkan duit..kena mintak petua kat odin nie..

5. Kesihatan: actually, tahun 2010 nie aku dijangka akan demam balik cause seingat aku, ms aku besarlah (setakat aku kira2lah), aku pernah demam ms darjah 1,1992 (muntah2, demam kejap je), form 1,1998 (pg demam tengah hari dah baik, tp ms subuh nak ambik wudhuk nasib baik x jatuh, pening sangat), sem 2 msu tahun 04 (ms bulan puasa, dugaan jgn ckp. kejap panas, kejap sejuk. 1 minggu jugaklah mcm tue, suara x de. yg paling teruk sampai x larat nak bangun & gi utk 1 kelas. nasib baik br bukak sem, tp peliknya slps jumpa dr walaupun kena bayar hampir rm100, tiga hari lepas tue terus baik, mula2 dr syak denggi and mintak dtg balik after 3 hari if demam x baik2, alhamdulilah... x de apa2, and aku sembuh semula). nie semua hasil demam hampir setiap bulan ms kecik2 dulu. sian mak kena jaga anak dia yg degil ini..terima kasih mak...so, utk 2010 nie kena tingkatkan penjagaan kesihatan ke tahap yg maksimum (habis maksimum yg mungkin), jaga pemakanan & bersenam aerobik selalu (nie kena tambah senaman lain nie)..jgn demam ms aku nak ke belfast sudah!!la..la...

benda2 lain...masih belum dirancang lagi..apa2 pun..tunggu!! sampai di sini sahaja merepek utk tahun baru..hopefully, tahun nie dimurahkan rezeki (nak simpan duit utk diri sendiri, melancong dll & di beri laluan yg mudah agar usm fellowshipdapat disambungkan), publish paper sebanyak yg mungkin seiring dengan result yg ada, siapkan sebanyak mana sample yg mungkin, dpt sedikit jln dan ruang utk mengakhiri masterku dgn jayanya, 'my darling' sihat kembali dan jgn sakit lagi ya, kalo u sakit, i pun sakit hati jugak cause x leh nak screen my sample. moga2 segala impian dan rancangan yg kite reka akan dipermudahkan olehNYA..aimin.. jumpa di next entri!!