Tuesday, June 16, 2009

Mei 2009


24..satu usia yg ramai org akan bertanya soalan cepu emas nie.."bila anda nak kawin?" aiyah..x de soalan lain ke? tanyalah soalan yg best sikit..as example "kalo aku bagi ko kete, korang nak tak?"confirm aku kata "YA!". mimpilah....x de org nak bagi kete free, kete permainan pun x tahu dapat tak. HA!!ha!!menyebut tentang ini, nak ucap tahniah dan selamat berbahagia di dunia and akhirat bersama2 pada Zah (Sempunk, 30/5/2009, gambar di bawah, kiri-sempunk's boy & right-sempunk's girl), Pali (Sempunk, 7/6/2009), Yanti (Sempunk,7/6/2009, gambar di atas) and dila (MSU, 6/6/2009). and seperti biasa, thanks cause jemput and sorry x dapat pegi..kekadang timbul jugak rasa menyesal..awatnya aku buat master kat kelantan nie..kalo kat area selangorkan bagus...apa nak buat, dah tue namanya rezeki.. tahniah korang..moga jodoh kalian berkekalan duia akhrat. amin...











apa ya nak cite bln 5 hari tue....entahlah..disamping keje yg semakin menimbun and banyak bebanan keje yg harus ditanggung, lagi2 bila nak daftar master nie...susah gak kalo nak sambung master nie tanpa ada mana2 sponser. yelah nak harap duit geran..sampai bila lah..hari tue x ingat bila, aku and members from human genome centre pegi menghadap interview untuk meminta sponser untk master nie. disamping meminta pertolongan daripada kerajaan menerusi unit bajet mini...ha!!ha!!ambik je mana yg dapat. ms interview di usm tue, ada 9 org calon..aduh..ramai bangat and surprisely all are women...manalah peginya jejaka2 di dunia ini...susah tul nak cari jejaka2 sekarang. interview telah diconduct oleh dean, timbalan-timbalan dean, ips's represantative and pendaftar...pe..banyak tul soalan yg kuar dan byk jugaklah idea yg kuar and almost same.. nak buat mcm mana dah msk sembilan2 serentak. off courselah idea lebih kurang..ha..ha...

bln nie byk kali kena survey tempat utk family day..bestnya jalan2..he..he..jln2 luaskanpandangan. actually, sepanjang jln ke cek point dan tempat family day di villa danilla tue, buat aku teringat kat my lovely place, sg besar..yelah banyak kan sawah kat situ..(aku rasalah, x tahulah pulak kalo semua tue lalang..)rindunya kat umah..x sabar nak balik utk dok lepak2 kat umah, dan paling penting balik bln 7 nie nak balik nak lepas gian.teng..teng..nak tengok transformer 2 and harry porter (aku bukan tengok sangat pun..ha!!, nanti kena mintak kakak aku tolong explain japlagi..).nak tengok2...and nak jumpa wani & yana...rindunya kat korang..ct pun sama..


paling sedih bln nie..kak adiya dah siap master dan kena pulang ke kl...rindunya kat kak adiya..mlm sebelum akak pergi tue, kiteorg satu umah ajak akak kuar...lepas nie, jgn lupa2 kan kiteorng..ingatlah kiteorng kat sini selalu....sian syikin x de...almaklumlah cuti 1 bulan....











okes..that's all for mei 2009. bln 6 nie lagi byk aktiviti dan peristiwa2 yg menarik dan mengejutkan telah berlaku..tapi kena post ikut bln ye...

Tuesday, May 5, 2009

april 2009

ha..ha..bln 4 sudah..aiya..makin cepat ms berlalu..ms sekolah dulu taklah mcm nie..teringat ms form 1 dulu.aiya..lama sungguh rasanya nak membesar ms tue..alih2 dah besar sekarang terasa nak kembali ke alam dahulu...

ok..seperti bln yg lepas, mari kita recap apa yg berlaku pada saya pada bln nie. bln nie boleh dikatakan bln2 yg agak sibuk (ha..ha...memang selalu sibuk pun, bukan for these month je!) dan ada 1 cite yg agak menyayat hati.. bln nie kurang story sikit.

ok..kite cite pasal kegembiraan dulu. bln nie isteri supervisor ku (Dr Che Mariana, thanks doc!) mengajak rakan2 ku di immuno bersantai di rumah dia semalam..ala2 mcm berkelah pulak. before nie bukan aku x pernah umah dia (sebenarnya nie kali ke 2, ha!!) tp nie cause ada shikin, ayu (dia nie bdk lab immuno yg baru), wana and semestinya muni meriah sikit..betul2 mcm berkelah..umah dr memang best, ala2 english style.tepi pantai lagi...ala2 mcm umah idaman aku. memang bestlah main2 tepi pantai. siap kena kacau dengan bdk2 nie.yelah tengah posing2 tiba2 berbunyi suara "kak 1 kak" ( sila sebut dalam dialek kelantan) haiya!!sebut tul lah budak2 nie.










bln nie jugak menyaksikan my senpai bercuti lama. mana taknya, biasanya dia akan balik untuk 2 minggu sahaja. tapi disebabkan kesihatan dia x mengizinkan maka bercuti selama 1 bulan lah dia, hampir 1 bulan..sebabnya kuat bekerja..so, the moral of this story...jaga2lah kesihatan anda dari segi mental & fizikal walaupun anda bekerja sekuat mana..healthy come first!!








bln 6 nie ada hari family day utk pusat genom manusia. asalnya nak gi bukit merah (bukit merah..lake town waterpark!!) tp...disebabkan kami sudah bertukar director dan keadaan beliau x mengizinkan (she's pragnant and that time she almost having her due date)...kami menukar plan ke villa daniela (sori kalo salah eja), di tok bali, kelantan..oklah tue..buat jugak family day. and pd tahun nie ditugaskan utk ambil bahagian game...byk jugak kena buat. tapi bila anda semua diletakkan dalam 1 kmpulan, bah kata slogan dekat cite wonderpets (apa yg penting..keje.sama, sila buat ikut tone yg betul) semua benda akan menjadi..tak gitu? ha..ha...


kak adiya sudah pulang utk memeriahkan lagi umah kami...yelah hampir 3 minggu dok umah, rasa sunyi pulak rumah tue..tahniah pada ak adiya cause dah habis master ( seronoknya..ternanti sangat saat tue..) dan janganlah balik umah dulu..dok sini dengan kiteorg ya!!









cuaca kat malaysia nie memang panas sampai sorang adik housemate aku masuk hospital di kuala kerai..dan dr kuala kerai kena transfer kat HKB (hospital kota bharu aka ala..aku lupalah nama dia..). koma 5 hari dan dr suspect ada septicemia. septicemia adalah penyakit di mana darah telah dimasuki oleh bakteria atau virus erti kata lain disebut darah beracun ( sori kalo salah info mintak dibetulkan...) septicemia kalo lambat rawatannya memang membawa maut. alhamdulilah..alya balkyish (adik housemate) dapat melawan jangkitan itu...sekarang dia sudah ditransferkan ke wad biasa...alhamdulilah...


ok..rasanya cukup utk ms sekarang..nanti jumpa lagi.... selamat dtg mei 2009..opss..bakal berlangsung byk perkahwinan sepanjang bln ini..(cuti sekolah katakan)..selamat ulangtahun pertama laptopku..


















Thursday, April 23, 2009

tag dr akma...



1. Apakah hubungan awak dan dia?

dia….sapa ya? Awak yg tanya ke? Kitekan teman…

2. 5 impressions terhdp dia...
Banyaknya 5. Apa ya?dia seorng yg banyak cakap , senang nak mintak tolong, pemurah (dr segi apa ya, awak tahu kan), baik hati & sebagainya..

3. Perkara yang paling memorable yang die lakukan kat awak

Bawak makanan saya….sy memang malas masak..sapa2 yg kenal mesti tahu kan?

4. Perkara paling memorable yang dia kata pada awak..

Jom makan….

5. Kalau die kekasih awak.. awak akan..

Nauzubilah..mana lah dia boleh jadi pakwe saya, awak kan perempuan jugak…

6.Kalau dia jadi musuh awak.. awak akan dah lama...

cuba jauhkan diri cause x nak cari gaduh, keje lab pun melambak tak buat lagi (x kuasa!!)..sebab tue baik cari ramai kawan dr banyak musuh…x gitu??

7. Kalau die kekasih awak.. dia perlu improve dlm..

nih..kan dah jawab..dia nie perempuan, mana leh jadi pakwe saya… akma..x bestlah tag nie..

8. Kalau dia jadi musuh awak... mungkin kerana.

dia buat sesuatu yg tidak disukai…tapi x sukalah cari musuhlah!

9. Overall impression ttg dia..

suka cakap..

10. The most desirable thing to do to her/him...

x tahu apa..cause baru kenal dan sekarang dah jarang jumpa…

11. Apakah awak rasa ttg pandangan org terhadap awak?...

kena tanya yg org lain..x reti nak puji diri sendiri..

12. The character of you for yourself

happy & busy person..wa!!sapa nak tolong aku buat keje nie??

13.On contrary, the character you hate about you..
Darah gemeruh…x tahu lah bila start lagi2 kalo present apa2 dpn org ramai. Dulu2 x de pun….hish..hish..

14. The most ideal person you want to be with?
Someone yg funny leh buat kite happy selalu, sentiasa percaya pada kite dan boleh diharapkan dalam pelbagai aspek.. ( susah tak nak jumpa?)

15. For people who like you.. tell sumthing about them...

dah tulis tadi..cuba lihat balik..

16. Ten people you tag:

alahai ramai nya…nie akma punya pasal, tak pasal2 kena tag…...akma, tolong pass kan..

17. No.2 ada hubungan dgn siapa?]

tue, x tahu yg saya tahu dia kawan saya

18. Is no. 3 female or male

mestilah cewek

19. If no.7 and 10 have a relationship. Is it a good thing?
Not!!

20. Mcmmane dgn no.5 dan no.8?

dua2 x mungkin…

21. No.4 single kah?

tanya tuan punya badan yg meminta saya membalas tag

22. No. 1 belajar apa?

sekarang dia keje…

23. Say sumething about no. 6.

entah..lama x jumpa dia nie..sejak lepas form 5

24. No. 9 klakar tak?
Ada masa2nya!!

Tuesday, March 31, 2009

sambung...


HAPI BIRTHDAY SULTAN KELANTAN!!







jumpa lagi..nie part II recap for bulan march..30 & 31 march memang kat kelantan cuti..cuba korang fikir..kat negeri mana di malaysia nie, ms birthday sultan dapat cuti 2 hari? x de kan..benda nie cuma boleh terdapat di negeri cik siti wan kembang nie je..memang meriah..selama aku dok kat selangor dulu..kalo paling meriah pun seingat aku, diarg buat jom heboh..kiranya kalah agong..dahsyat2. sampai jem teruk depan istana..ish...yg kurang best, cause ramai housemate takde..jadi kamera penuh diisi foto aku dgn mar...nasib..nasib.. dengan pintu gerbang dihias cantik..mcm 2 lagilah.cam ala2 luar negara. jadi ini adalah acara akhir menutup bulan mac nie. kena submit abstract utk NCMHS and ada problem sikit pasal nak submit tue..mudahan dipermudahkan oleh yang maha ESA. amin..oh ya, sebenarnya ada sebab napa aku x balik walaupun cuti sultan bagi banyak..cause, aku baru je balik bln 1 hr tue and minggu lepas...bln 1 cause NSF dan ada PGM anual meeting kat UPM. overall oklah..ada jugak sikit2 input tapi banyaknya output yg dpt. yelah msk telinga kanan pastue kuar je..otak tak leh nak proses. kiranya sukar jugak org yg dah biasa dengan genetik manusia nak ke genetik tumbuhan, tanah and haiwan..tapi haiwan tue memang menarik..boleh meningkatkan produktiviti perikanan di malaysia..ikan mudah dihasilkan..mcm nie, aku pun nak buat bussiness ikan..hari tue, aku banyak kacau tasya.lagi2 time dia tido (oh ya, kak sha pun jadi mangsa aku,maaf deh)..ha!!tasya..tasya.. so, rasanya tue je aktiviti setakat bulan mac nie..lupa nak tulis, aku kena present CME bulan 3 lepas..my voice still shaking jugak, tapi kalo ckp lama2. lepas nie kenalah banya berhenti sambil mempresent. dulu x pulak mcm nie..cool hasnah, you can do it..caiyo!!nasib baik ms present tue, just kindly dr kannan saja..aku kena berlatih mengawal suara ala mcm ambik kelas vokal pulak. bln 3 dah melabuhkan tirai..bln 4 akan menjelma dan banyak pekerjaan akan menjelma dengan hebatnya. ya ALLAH permudahkan jalan hambamu ini terutama utk menamatkan research ini. moga sucess hendaknya..amin..dan cepat2lah membuka hati mana2 pihak untuk menaja master hamba cause bln 12 nie maybe dah takde gaji..aiya..kena giatkan usaha mencari nie..moga2 bln 4 lagi best dari bln yg lepas..

Sunday, March 29, 2009

whatever



Recap apa yg berlaku sepanjang March 2009.terasa cepat masa berlalu..tak sangka dah setahun aku graduate with my beloved friends. mcm terasa lagi kemeriahan hari konvo tue. just terkilan sikit cause ramai ahli keluarga yg tak leh dtg. (yelah buat ms weekdays, susah sikitlah nak mintak cuti) and mengenangkan wana, yana & kak di and few friends yg tak leh nak pegi ke majlis konvo kite. kena buat reunion nie.. sapa2 yg nak arrange bagitahu aku tau..nak join!!



kepanasan global menjadi isu yg sensitif buat masa ini..tapi semalam kiteorg (yg ada kat umah just aku, mar & kak lin je) join hari 60 minuate earth hour..syok jugak tengok tv sambil memadamkan lampu tapi aku memang dah warning awal2 jangan matikan kipas..tak tahan beb kena gigit dengan 'cik muk'. leh merah muka2 dgn badan2 nie..tapi semalam tak banyak yg join. tapi aku rasa ms KLCC tue tutup lampu, hope sangat janganlah ada kapal terbang ke helikopter ke gi rempuh benda tue, yelah biasa nampak jelas dah dia tutup selama sejam, ke tak naya kalo benda2 tue terbang rendah..ckp sapa nak bertanggungjawab.. agaknya sebab tuelah eiffel tower kat paris cuma bergelap dalam 5 minit sahaja. isu2 keselamatan bak kata org bergelap,bergelap jugak tapi jangan isu keselamatan diabaikan. jauh pulak aku berfikir.


tengah bulan hari tue, ada sorang cewek dari jepun dtg USM. exchange student antara jabatan pediatrik USM & Kobe Universiti. patutlah student Malaysia, kalo nak ke Jepun kena belajar bahasa dia. dia memang sukar sikit utk berbahasa english and aku pulak kena ckp BI dengan dia perlahan2. kalo boleh seslow yg mungkin. haiya, susah nak nak menyelowkan diri if memang aku selalu bercakap laju..tapi bagus jugak dia nie menggalakkan student kite belajar bahasa diorng kat sana. selain diaorng sendiri leh berbahasa jepun, secara tak langsung diorng leh meninggikan standard bahasa mereka. tak gitu?? ala, lupa pulak ambik gambar dari ain...



14 march hari tue, ada kejohanan bowling under genom. tahun nie, 1 group sama abg rani( eha, mesti ko leh agakkan, akma?), nalar (wife abg rani, aku x reti nak eja), abg khairi, tasya and sathiya. tahun nie dpt tempat ke 4. aku pun individu pun dpt no 4. ala melepas jam dinding. kalo x leh gantung kat rumah..ish..ish..


gambar belah kiri..cam gambar 1 family pulak. kanan pulak cause abg khairi dtg lambat..apa lagi pukul gambar sapa yg ada..




Apalagi yang tak cite ya..rasanya tue je kot. oh tak lupa jugak nak ucap selamat bertunang buat Iman & Mohd Noor, moga ke jinjang pelamin dan kekal dunia akhirat. jangan lupa ajak ke walimatulurusnya (kiri). Buat Zahratun aini (lihat kanan), member SEMKASL, selamat menempuh alam berumahtangga. ramai sungguh member aku yang dah bertukar title nie...tumpang gembira sekali.. banyak tul aku cite..sambung lagi nanti..









Sunday, February 15, 2009

perlukah??

assalamualaikum.....


he..he..hari nie mencuri masa sebentar dikala waktu kerja tamat lagi 2 jam..yg sebenarnya, aku mana ada waktu bekerja yang tetap..nie ikut masa standard ok..hari nie nak berbicara pasal hari valentine aka hari memperingati kekasih. (sebut2 valentine teringat kat valentino..apa kabalah budak nie?).kalo nak diikutkan sejarah hari kekasih nie hari memperingati kematian seorang paderi oleh seorang ratu yang aku pun tak ingat dari negara mana. ada pendapat yang mengatakan hari kekasih nie x leh diraikan dan ada pendapat yg kata ia dibolehkan jika mengikut cara yang betul. kalo ikut pandangan sendiri, aku rasa hari kekasih ini boleh diraikan tapi mengikut cara2 yang betullah.. kalo just setakat bagi bunga, belanja makan ke atau sebagainya, tak perlulah tunggu hingga hari valentine..tak gitu semua?? sempena valentine nie nak wish selamat pengantin baru buat abg nizam & ayu. lepas nie senang sikit nak ingat anniversary, kalo lupa kiteorng leh tolong ingatkan. and to wana..dah ada lesenkan??cepat2 sikit majlis tue, aku confirm turun dan tolong buat apa2 yg patut...


tahun nie umur aku dah naik 1 tangga lagi..hish..dah 24 tahun sekarang. tapi cam biasa aku rasa muda sahaja...umur tue kan hanya nombor yang penting hati mesti muda..he..he..separti biasa my beloved members akan mengadakan sambutan birthday secara sederhana dan tahun ie lokasi dipilih di kenny rogers.. (ada org belanja kami makan..thanks bangat ya guys). tahun nie, aku dah ada teman baru yg dilahirkan pada bulan januari, ami...sian ami..dia ingat ain punya birthday cause ain nie kata dia beli kek utk birthday dia..aku wat bodoh je..cause aku tahu birthday ain bulan 6..thanks ya guys..tahun nie smooth sikit plan korang compare last year..yelah..sapa suruh anda2 x jaga aku dengan baik..kan dah terkantoi...apa2 pun thanks ya!!aku sebenarnya rindu nak sambut birthday dengan budak matrix dulu..tuelah first time aku sambut birthday beramai2 dan banyak dapat hadiah..rindunya aku dengan budak umah aku..(eha, eni, ima, yus, mimi & huda,yamun)oh ya..tahun nie seperti tahun2 lepas aku sambut birthday dgn members..apa nak buat aku rasa hidup bujang nie memang best!!boyfriend memang banyak kalo nak kira dari sek rendah, menengah,matrix, msu aka kutpm & usm.. ada org kata aku memilih..aku rasa agaknya kot!ya lah dapat yg x baik ke mcm mana??apa pun let me concentrate with my master first( aku nak daftar bulan 6 nie), lepas tue biar cinta datang sendiri....(jiwanglah pulak)



nak buat pembetulan..cite thai tue tajuknya defendent of love.. (cuba tengok poster yg aku sertakan)hero dia oklah tp heroine dia lawa..lagi2 tang rambut dia..beralun betul..baca novel internet nie memang menguji kesabaran..yelah..penulis tue tak update novel dia selalu compare kalo beli novel yang dah siap buku..kalo kite nak pas page paling last pun tak pe..cam aku...aku kena run gel nie..tapi aku dok tulis blog. diketahui oleh 'be-liau' habis aku. apa pun nanti aku cite lagi...





















Monday, February 9, 2009

blog

dah lama x tulis blog..rindunya, tapi sebenarnya tak tahu nak tulis apa..keje yg semakin melambak and kena kejar dateline for confrences.(sorry 4 wrong ejaan). sekarang nie aku tengah gile baca novel kat internet tajuk "jodoh atau cinta". bestnya!!x dpt digambarkan sampai sanggup copy msk dalam laptop. kepada semua try taip dekat you punya google "iman hazana". dia nie budak uum. ada satu lagi yang menjadi kegilaan aku buat ms kini..cite thai. penat2 shikin yg tak pernah addict tengok cite, teraddict pulak dia. aku lainlah cite..hobi aku memang menonton. sampai tido lambat si shikin nie....mula2 tak tahu cite apa, tapi ash aka shikin berjaya mencari tajuk serta cite berkenaan dengan hero serta heroin cite nie. if i don't mistake "desprate love". cite nie baru kuar kat thai tahun 2008. baru jugak kan....and terima kasih kepada kak faiz kerana memberikan cite nie kepada kami. oklah..cik mar dah panggil balik...nanti i sambung lagi...