Sunday, August 1, 2010

julai 2010..bercuti, bermain & berconferences

baiklah..utk post kali ini, seperti yg diwar2kan sejak bulan 12 tahun lepas dan diungkit semula bulan jun lepas maka kali ini sy hanya akan mengepos gambar2 yg diambil sekitar london dan belfast yg belum dipaparkan di dalam 'muka buku' saya.. yalah, x larat nak upload semua..secara rumusannya, percutian yg best, menarik, pemandangan yg indah..jumpa along, azam , kak lin dan iman dan yg paling penting ms 1 minggu tue memang x cukup, tapi kalo lama2 apa nak jadi master aku..so, 1 minggu tue kira oklah (tp sekarang sudah mula terasa rindu kat azam. dia dah pandai ckp, jadi seronok nak melayan..iman pulak, dia x sihat ms tue..asyik menangis je)..tue pun brg2 hampir terlebih beban, kalo 2 minggu memang ada yg kena bayar denda cause beg lebih muatan. Gambar2 terpaksa di ambil menggunakan sebelah tangan dan dengan bantuan handphone..sebab no jurukamera dlm perjalanan nie, sendiri kena jadi camerawoman..so,lepas nie next percutiaan masih x di plan lagi tapi maybe trip akan bertambah ahli yg mengikuti..so, cepat2lah adik2ku, kakak dan sapa2 yg nak ikut..mari mengumpul duit..percutian akan didecide kemudian...


Gambar Kiri: berhadapan istana 'buckingham', cantik sungguh bunga di sana. Gambar tengah: on dway to underground train. Gambar kanan: di belfast di salah satu kilang perindustrian terbesar di belfast..
Gambar Kiri: meniti tower bridge.. Gambar tengah: x ingat namanya tapi ms nie on d way mahu ke tower bridge..Gambar Kanan: pemandangan dr kapal terbang yg melalui sekitar london..nampak keadaan yg sangat cantik dr atas....



Gambar Kiri: Menahan batu yg nak terjatuh di sekitar tower bridge (ha..ha..muka mcm x menahan pun..). Gambar tengah: azam's shoes and his 'acik'..keciknya kaki azam.. Gambar Kanan: teksi di london..sungguh menarik dgn pelbagai corak yg diukir di teksi. memang teksi versi kete dulu2..



Gambar Kiri: us with a big fish di sekitar perlabuhan di belfast. Gambar tengah: bunga2..di botanic garden..hancur harapan nak tengok tulip..uh..uh..buat gaponya x tanam tulip. Gambar kanan: kak lin & along, sekitar bangor..mana anak2? ha.ha..dua2 tengah tido..



Gambar Kiri: iman..nie satunya2 gambar yg dia nak main dan muka tersenyum2..gambar lain semua masam..ala, kesian dia..sakit ms tue.. Gambar tengah: depan umah along di belfast. Gambar Kanan: azam in d picture..suka dia bila ambik gambar..


Gambar kiri: along & mak di dome at victoria square, belfast. Gambar tengah: bandar belfast dalam pembinaan..memang x de sangat kete yg lalu lalang. Gambar Kiri: me tengah menahan drp ditiup angin di giant causeway, belfast..nasib baik berisi gak..


lain2 gambar, leh berjumpa saya sebab sy teramat malas nak upload lagi. buat maznah, nanti ana bg tengok kat umah ya..jadi dgn segala berat hati..kisah di london ditutup dgn rasminya..uh..uh..nak pegi lagi.. khas buat semua, ada video klip mengenai giant causeway







bulan julai nie jugak menyaksikan penyertaanku kali ke-2 utk conferences..ncmhs dan nie first time aku tercampak di bahagian 'medical sciences'(info: biasanya bahagian medical sciences nie memang terdiri drp dr2.student jarang yg masuk)..sampai terpaksa membetulkan penggilan yg mc berikan padaku..'just want to inform mc, i'm not a doctor, i just master student' yalah, jauh lagi perjalanan ini b4 dapat title 'dr' tue..insyallah, akan tiba msnya, amin...overall, ncmhs kali ini memang agak kelam kabut..tak tahu nak salah sapa..memang lah tempat utk ncmhs tahun ini lain drp tahun sebelumnya, tapi nampak banyak sangat kekurangan lebih2 lagi pasal sijil penyertaan..hope tahun2 yg akan dtg pihak penganjur dapat mengatasi masalah ini..mungkin daripada kekurangan yg sangat ketara pada tahun ini dpt diatasi kelak..and nak ucap tahniah buat kak hatin..cayalah..berjaya mengekalkan kejuraan bagi 'best oral speaker: basic sciences' buat kali kedua berturut2..really proud of you..



Gambar kiri: me & bakal pengantin: miss jue. Gambar tengah: genoms in d dinner..banyak betul ekspresi muka korang di sini ya..Gambar kanan: genoms di akhir conferences



Gambar kiri: me & dr lilian (muka dia sangat cute..mula2 kenal ingat cina malaysia, rupa2nya cina indonesia). Gambar tengah: ami, me, ain & dr lilian. Gambar kanan: ain & ami with sya..sya is pregnant..bila tengok gambar dia kawin dulu memang berbeza dgn dia sekarang..



penutup utk bulan ni, aku, along dan muni (sepatutnya ami tp sebab dia nak get ready utk presentation journal club jadi aku dan along kena cr ahli ke-3. sian gak tengok ami..and thanks to muni cause nak join group kiteorng nie) menyertai aktiviti sempena hari PHT (perpustakaan hamdan tahir, setiap kampus usm nama library dia lain2) iaitu selongkar PHT..ha..ha..bukan senang nak buat bising dan berlari2 kat libarary, hari nie je dibenarkan. overall, memang best lah msk aktiviti ni dan yg penting pernyertaan adalah percuma. siap setiap group either yg menang atau kalah dpt hadiah masing2 dan makanan disediakan 2 kali iaitu b4 and after selongkar..memang menyelongkar habis library dan setiap ceruk library aku pegi termasuk tempat yg x pernah dan tak boleh dibenarkan msk kalo bukan staf: tempat perkhidmatan media, kaunter pinjam & pulang buku dan muzium patologi..hajat dihati memang nak no 1 tapi apa nak buat, ada 1 soalan tersilap jawab, so kami dpt tempat ke-2 dan berjaya memenangi headphone serta barangan2 sampingan drp library..x tahu yg pertama dpt apa sebab diaorg habis game terus bergegas ke kelas..sian diorng. tapi memang happy, enjoy dan sangat fun bermain 'selangkar pht'...rasa nak join lagi pun ada...



Gambar kiri: kami yg menyertai & ajk yg sporting..Gambar tengah: saat2 mengira harta yg dikumpul..along dah puas ugut ajk2 kat library tue..ha..ha..Gambar kiri: us..depan library. along still pegang telur oren tue..salah satu drp brg amanah yg kena simpan.

ok, that's all for july: bulan berpoya, bermain & berconferences dan akibatnya sekarang dalam proses pemulihan utk stabilkan kewangan sendiri.uh..uh...ambik ms nak pulih ditambah raya yg bakal menjelma... bulan puasa nak dekat nie dan tiket bas x beli lagi..nie bab paling lemahlah lagi2 kaunter trans kat bawah dah x de...ok, selamat berpuasa & sesamalah kite meningkatkan amalan kite sepanjang bulan yg mulia ini...adios!! lastly before the end nak ucap congrate buat ina & pasangan..wedding dlm taman gitu, and sorry x dpt hadir..hope bahagia selalu dunia & akhirat....







Thursday, June 24, 2010

Jun 2010


Sengaja memilih gambar di sebelah sebagai ingatan pd diri agar menguatkan diri utk beribadah padaNYA...insafi diri sebentar..
sengaja juga menulis entri ini sebelum msnya..bila jun dah dtg memang rasa sangat gembira sebab tinggal 1 bulan lagi sebelum saya dan mak berangkat ke UK bertemu along, kak lin, azam & iman..rindu sangat dgn along sekeluarga..dan x sangka dah hampir 3 tahun diaorg kat sana..masa..masa..masa, terlalu cepat berlalu & x langsung kite jangkakan. terimbau2 balik kenangan hampir 3 tahun lepas along & kak lin sekeluarga kat klia tahun 2007. ms tue aku tengah praktikal kat seremban for my final year di MSU. ms tue kiteorng 1 keluarga memanglah ada rs sedih..tapi aku rs family kiteorg boleh terima sikit along akan fly ke belfast, irland compare family kak lin cause ini first time dia akan berjauhan dgn famili dan yg paling sedih x leh balik raya mcm yg di buat setiap tahun dan hanya mendengar suara serta melihat muka tanpa dapat menyetuhnya..aiyah hasnah, tertouching pulak..so, it's not me..ha!!ha!!sampai bila kak lin salam kiteorng, kiteorg pun nak menangis sampai aku kata "kak lin jangan sedih, nanti kiteorng pun sedih..jgn risau kite mesti jumpa punya lepas along habis belajar tak pun sy akan lawat akak sekeluarga nanti...". " along nanti balik berempat tau (azam mesti dpt adik punya lah kat sana dan terbukti bila iman telah selamat lahir pada 19/12/2008. see along, ana dah ckp dah. ha..ha.." jadi tunggu kedatangan kami pd 1 Julai 2010..oh airasia bawak kami terbang jauh..melawat along, kak lin, azam, serta iman...Gambar kiri: azam ms kecil..nie lah kali terakhir kiteorng 1 famili tengok dia...ms tue umur dia baru 8 bulan, sekarang dah 3 tahun dia..Gambar tengah: along 1 famili without iman and kalo tak silap masa nie di awal2 tahun along di belfast..Gambar kanan: iman & azam bergaduh ms birthday azam tahun lepas..entah apa yg direbutnya...

ok, bercerita apa yg terjadi sepanjang bulan ini..bulan 6 nie memang 1 bulan yg sangat memenatkan tapi kali ini lebih memenatkan emosional serta mental. fizikal tidak terlalu penat disebabkan mesin masih tidak dibaiki lagi..draft utk thesis, rasanya just sempat hantar method & material shj..ampun bos..saya janji akan hantar draft utk intro sebelum akhir tahun (aku kena percaya aku boleh buat lagi cepat dr itu...ya Allah berikanlah kerajinan dan kekuatan pada aku ini ya Allah..amin...) he..he.. alhamdulilah jugak, RCMO & MOSTI telah approve utk permohonan perlanjutan buat kali ke-3 walaupun selama 3 bulan..x perlu aku memeningkan kepala menguruskan sebelum prcutian panjangku..siap tulis kat surat itu menyatakan "sila hantar laporan akhir selewat2 nya 1 oktober 2010'. ha ko, memang x sah bagi lanjut lepas ini..jadi kena control duit betul2 supaya penyata tidak kelihatan sebarang lambang "-" pada nilai ringgit nanti..apa lagi ya, oh ya duit utk yuran NCMHS telah dibayar dan akhirnya perlanjutan utk fellowship telah dibuat..thanks sesangat pada kak zie, s/u prof nik. sangat baik & tolong cr borang kiteorng yg hilang tue..just b4 fly kena call penang utk tahu senarai yg dapat.."ya allah tolonglah permudahkan dan dimurahkan rezeki hamba mu ini ya Allah".


so, utk perkahwinan bulan nie, aku menghadiri majlis sara & jai (budak sekolah rendah) & arip & dian (arip-kwn di msu). majlis sara aku ketemu jugak dgn kak ela..kak ela is one of my best friend & close semasa kiteorng kat sekolah rendah & menengah..sekarang je x rapat sangat cause busy dgn urusan sendiri..hope sangat boleh kembali ke zaman silam. x lupa jugak jumpa jijah..after almost 7 years x jumpa dia..uh..uh..miss you so much!!yg lain2 pun rindu jugak, tapi z lah serindu dua insan itu..uh..uh...ke rumah arip kiteorng gi dgn menaiki kete alza en kuzek..thanks ya!!walaupun perjalanan jauh dr kb ke chukai (terengganu) yg memakan ms 5 jam lebih, tapi aku x kisah. individu yg terlibat ke sana adalah aku, mar, ain, kuzek (pilot), kopang (co-pilot) & azhar..jumpa eha, kak di and wani!! (rindu sangat dgn korang..kite kena buat perjumpaan balik...)


Gambar kiri: me & kak ela memegang gambar pengantin..miss u so much!!gambar tengah: sebenarnya nak upload gambar lain, tp x leh..so, ini je yg boleh...Gambar kanan: arep & dian curi dr fb eha (maaf ya eha, aku x sempat nak mintak kat gambar gambar yg lain..)

so, this is the entri for this month. semua keje dah hampir setel (hanya intro & 2 abstract x sumbit ke bos)..dan esok 1 Julai aku akan terbang berjumpa 3 individu yg sangat dirindui & 1 org yg x pernah dijumpai..hope sepeninggalan aku ke sana x de benda yg important perlu disiapkan..kalo x kesian dekat org lain terutama 'tasya'..ok, moga percutian aku kali ini terbaik pernah dinikmati disebabkan aku mengeluarkan belanja yg agak besar yg tak pernah aku gunakan sepanjang hidupku...ok, jumpa next entri...

Tuesday, June 1, 2010

tragedi mei 2010

utk kali ini, disebabkan ada tragedi yg x dpt dielak, dan disebabkan pekerjaan yg sy x mampu diselesaikan, jadi saya memutus utk menulis entri bulan Mei ini secepat yg mungkin..ala..azam2 baru gitu.. (tipu sahaja, sebab bila dah buat senarai kerja yg kena buat before fly bulan julai ini, jadi entry bulan mei nie lambat pos...ha!ha!!)ok, bulan mei ini ada tiga kisah yg sangat menyakitkan hati & menyedihkan (sob..sob...) berlaku pada minggu ini dan sesungguhnya apa yg terjadi ada hikmahnya.. Alhamdulilah, semuanya dapat diatasi dengan kuasaNYA..amin..




ok, bercerita mengenai kisah pertama...dengan dukacitanya diumukan pada 09 Mei 2010 bertempat di PT1201 dilaporkan..rumah kami yg diduduki sejak lebh 1 tahun lalu, telah dimasuki 'PENCURI'. apa benda yg hilang, setelah dihitung, ditambah, didarab dan dibahagi utk part aku..aku kehilangan handphone lamaku yg dibeli semasa sem 2 tahun 2004 di MSU dulu.frankly speak memang sayang jugak kat phone ni dan banyak berjasa utk kebaikan dan amal jariah ku di akhirat..insyallah cause phone ini yg digunakan utk mengerakkan diri ini diwaktu subuh..sebab utama aku tukar phone ini dgn phone 'sony erricson' sekarang yg digunakan kerana ia mempunyai masalah kronik iaitu pihak disebelah org yg aku telefon atau menelefonku x dpt mendegar suara ini dan bateri cepat 'kong'. memang banyak sungguh jasa handphone ini pada aku (uh..uh). selain itu, cincin yg berharga RM 19.90 pun dibawa lari..ha..ha..padan muka pencuri tue, mesti dia ingat cincin tue mahal..ish..ish..tuelah buat kerja x berkat kan penat je yg dapat. selain itu, beg yg diberi semasa conferences di genting dulu pun diambil.. pendek cite dilaporkan brg2 aku yg diambilnya semuanya x ok..lagi2 cincin... lupa pulak 1 lagi brg yg diambil iaitu sejumlah wang tunai berjumlah RM 5 yg aku simpan dlm mug di atas meja.secara keseluruhannya brg yg dilapokan hilang adalah:

1. Me-Handphone (lama), RM5 & cincin (RM 19.90)

2. Shikin-Camera digital (RM1,000++)-benda yg paling mahal dicuri dr PT1202 & memory card yg baru di beli. sian shikin, dah lah dia sayang giler kamera dia...tak lupa jugak lampu suluh shikin yg memang powerful itu. pendek kata, shikin mengalami kehilangan yg paling besar dlm kejadian ini..sabar shikin..
3. Mar- Handphone (lama), cincin, dan jam tangan. kerugian x diketahui & dilaporkan

4. Muni-Handphone (lama), nasib baik gelang silver dia x kena ambik..mahal tue, memang dia minat kat cincin aku jugaklah.hu..hu...

5. Ain-RM 3-kerugian paling sikit yg dialami

6. Wana- Lampu suluh & duit syiling dlm tabung bear
7. Ami & along-tiada kerugian yg dilaporkan..

Nasib baik dia x ambik duit gaji ami dan paling penting duit umah kiteorng utk dibayar pada cikgu din & alhamdulilah x de org masa kejadian itu berlaku...



Gambar kiri di atas: Me & along & rumah kami yg telah diceroboh.. Gambar tengah atas: meja ain,x banyak yg dia selongkar. Gambar kanan atas: pemandangan di ruang tamu.
Gambar kiri di bawah: Salah satu sudut yg diselongkar I. Gambar tengah di bawah: Salah satu sudut yg di selongkar II. Gambar kanan di bawah: tempat yg paling teruk di selongkar, bilik master room.agak2 nya 'dia' begang kot sebab x jumpa apa2 yg berharga.


Kisah kedua...kalo korang ingat, aku pernah cite yg aku maybe akan mengalami ketidaksihatan pada tahun ini..dan akhirnya setelah 6 tahun aku x demam, aku demam jugak bulan ni. tapi demam dia utk 1 mlm sahaja..yg paling teruk..kesan2 sampingan like pening (1 hari), batuk2 sampai x de suara (2 hari) tp x selesema pulak..alhamdulilah..kalo x, parah jugak nie..dan setelah sihat pulak aku memang kena pantau kesihatan badan selalu sebab aku nie kalo dah demam sekali, chances utk demam balik memang ada tp alhamdulilah jugak cause penyakit2 nie x dtg serentak kalo ikut yg kena ms kat msu dulu semua dtg serentak dan pd bulan puasa pulak tue..so, kena be careful lagi2 bulan julai nie dah nak fly..he..he..so, segala anggota bdn ku mohon agar kalian sihat ya..kite nak fly jauh nie..rindu bangat sama azam, iman, kak lin & along. hampir 3 tahun x jumpa diaorg.

kisah ketiga...nie memang menyayat hati..my 'dear' x leh guna lagi..kali ini, bukan rosak tapi spare part dia x de..hu..hu...terpaksa tunggu quotation dr company utk beli lampu yg rosak..nasib lah badan..kekadang berfikir jugak,asal lah x rosak ms aku bercuti nanti..hu..hu..punah harapan aku utk siapkan seberapa banyak sampel bulan mei & jun ini..'hancur hatiku'.... thinking i need to discuss something with my 'bos' dengan keadaan mesin begini..'bos' harap anda cepat sihat..sudah lama x lihat 'bos' di usm dan berjalan dengan baik..


so, seperti biasa mahu mengucapkan 'selamat pengantin baru' utk kedua2 kwn di sliss, erma (aku dah ingat suami ko yg mana satu, patut muka familiar) & ani..moga bahagia dunia & akhirat..amin...oklah, that's all for Mei entry..










Gambar atas belah kiri: pn erma di majlis akad nikah. gambar tengah di atas: erma with my slissan friend (jihah, fad, shima, aini & muna). Gambar kanan di atas: erma & hubby (ashraf). gambar kiri di bawah: ani & hubby (giler panjang veil org yg edit gambar nie..nampak sangat kreatif. Gambar tengah bawah: ani & my slissan frien (kalo perasaan baju yg dipakai & individu di gambar nie adalah sama dgn majlis di rumah erma cause majlis resepsi di buat pd hari yg sama). Gambar kanan di bawah: Pn ani..

Saturday, May 8, 2010

april 2010


'Bila april tiba hati mula berkata, oh tidak, cepat masa berlalu'..aiyah..pejam celik, pejam celik dah bulan april..entri baru nie nak mulakan dengan bacaan al-fatihah dan semoga dicucuri rahmat keatas roh sahabatku, ihsan (member matrix) dan tak lupa jugak pada din beramboi, yanie mentor & achik spin..last time bertemu dengan arwah ihsan ms majilis sue di shah alam bulan mei 2009. mula2 ms tahu, memang terkejut sampai tergamam, terdiam dan terhenti dia sebentar membuat kerja lab. tahu pun dr ruangan title yg dipos azhim dlm facebook dan terus aku pergi ke fb arwah dan banyak ucapan takziah buat keluarga arwah ada disana..sampai kini keputusan postmortem arwah masih aku tak tahu & juga member2 matrix. kekadang teringat arwah ustaz sobri pernah bercerita di sekolah dulu..'Kematian manusia ini boleh menerusi 3 sebab. 1. sebab tua. 2. sebab sakit. 3. sebab kemalangan.' insaf sebentar...

Gambar kanan di atas: Bayangkan kalo arnab dah start berhias & bermake-up..macam nie agaknya rupa diaorang..ha!!Gambar kanan bawah: Kenangan terakhir bersama arwah ihsan semasa di majlis perkahwinan sue (member ktt) mei 2009.moga roh sahabatku ini dicucuri rahmat & diletakkan dikalangan hambaNYA yg beriman.amin...



april ini, selain membuat kerja seperti mumia hidup (kekadang memang rasa x larat, tapi kena kuatkan semangat jgk..caiyoh hasnah!!, psiko diri sendiri), kejap kena tengok kalender sat. planner x pernah wujud lagi dlm kamus hidupku. kalender nie pun diberi oleh company...bulan 4 lalu telah berlangsung 'bowling tournament PGM 2010!!'. As a project manager for this year, kat blog nie nak merakamkan terima kasih x terhingga kepada all genoms cause participate dalam bowling ini, x lupa jugak deeply thanks utk ajk2 yg terlibat..syibli, amin, aizat, mar dan arfah..ho..ho..hilang 1 beban lepas habis tournament nie..x lupa jugak pada kak an & all sponser yg mensponserkan diri anda..tahun depan mintak tolong lagi ya..he..he..tahun nie, aku digroup ke-3 with kak an, abg saru,dr alya & husband, kak ina and dr teguh..tapi thn nie, main memang x concentrate mcm tahun lepas..aku memanglah x leh nak concentarte sangat kalo main & jadi ajk serentak..ha.ha..memang alasan tp x kisahlah menang atau kalah..yg penting..enjoy!!


Gambar kiri atas: group 1 (blue team) & no 1 pada tahun ini..tahniah!! Gambar tengah atas: group 4 (green team), chairol menang lagi ko tahun nie ya.. Gambar kanan atas: Group 2 (brown team), meriah sungguh group ini ms main..itu yg kite cari..
Gambar Kiri bawah: group 3 (black team), my team. alamak!! dr teguh x de pulak, kurang ahli kumpulan..ish..ish.. Gambar tengah bawah: group 5 (white team), tahun nie johan bahagian laki (suami kak shima) & ladies (ina) dua-dua diaorng sapu.. cayalah!! Gambar kanan bawah: group 6 (red warrior). kenapa dipanggil red warrior, cause kebanyakkan team kat group ini memang kelantan, huda & syibli pun dah mcm ala2 kelantan. ha..ha..


April nie jugak kali pertama utk tahun 2010, aku mengikuti conferences dan kali ini bertempat di royal chulan hotel, jln conley kuala lumpur..hotel nie memang hotel baru cause bila aku tanya akak kat monorel, pakcik teksi semuanya hanya mengelengkan kepala..jadi me & jue berpandukan gambar yg di lihat di internet dulu..kiteorng pun meredah kl mencari hotel berkenaan.lupa pulak nak story permulaan journey dr kb ke kl..kali ni, kiteorng (me, jue & kak sha) memilih ktm sebagai modul pengangkutan kami ke sana..saja je naik keretapi cause memang x de pengalaman sebelum ini menaiki keretapi..overall, memang seronok..yg kelakar kalo nak berjalan dr satu gerabak ke gerabak yg lain..i mean dr tempat kiteorng mahu ke kantin yg terletak di bahagian tengah keretapi..jalan mengiring ke kanan & ke kiri, mcm ala2 org mabuk pun ada & sanagt kelakar..ha!!ha!!tapi memang 1 pengalaman yg menarik walaupun perjalanan mengambil masa 13 jam..memang x terasa cause ms kebanyakkannya dipenuhi dengan zzzz.....sampai di kl sentral, ingat mahu melepak2 di surau after breakfast di MC donald, tp surau hanya beroperasi bermula jam 1 petang..ish..ish..jadi menelefon cityvilla dan meminta utk mencheck-in diri seawal yg boleh..nasib baiklah pihak pengurusan hotel tue bermurah hati & allow us to check-in pukul 9.30 pagi..ok, hotel ini berhampiran dgn IMR & monorel jln chow-kit..jadi mlm 2 tue memang ramai yg berjual mcm barangan di bawah tapi masalahnya semuanya org indonesia. kiranya boleh dibilang berapa saja org2 malaysia berjual di sini..terasa seperti berada di indonesia sebentar..ptg tue, aku & jue pun mensurvey jln ke hotel tue dan apa yg terjadi selepas itu seperti yg dikatakan di atas..jumpa saja hotel, terus call rani sebab jue nak tumpang beg dia dlm bilik rani.overall, bilik dia memang cun, pemandangan yg menarik tp harga sangat mahal. dikhabarkan rm 600++ semalam almaklumlah terletak dikawasan yg boleh aku katakan antara kawasan elite di kuala lumpur berhampiran dgn Pavillon shopping complex..lepas jumpa rani, me & jue merayau2 ke Pavillion dan pegi ke GSC menonton 'clash of titans' dlm bentuk 3D. first time aku menonton filem 3D ini dan part paling best ms diaorng bertarung, nampak sangat real..tapi memang x leh lawan 4D yg aku tengok ms kat melaka dulu..overall conferences ini banyak terarah kepada medical genetic (nama conferences pd medical genetic) jadi kami2 ini (aku, jue,mar, emi-neuro) kureng sikitlah tapi ada 1 benda yg x leh nak dilupakan adalah makanan dia yg sangat sedap...sedap sangat & sangat berpuas hati!!memang layak digelar hotel 5 bintang. kalo ada conferences lagi kat sini,'aku pasti datang menemuimu'..





Gambar Kiri atas: all genoms yg hadir utk conference, just jue x de cause dah balik awal..gambar tengah atas: jue, me & mar diruang legar royal chulan hotel, KL. Gambar Kanan atas: Jue & ami (neuro) tengah fokus dengar ceramah & aku sedang ligat mengambil gambar diaorng. see dr kannan, your student was so focus during that conferences. (jue, sila jawab sendiri...he..he..)
Gambar Kiri bawah: me & jue di kaki lima bilik hotel di royal chulan hotel. Adakah wajar aku gelarkan 'kaki lima'.he...he...Gambar tengah bawah: tag nama & buku conferences. Gambar Kanan bawah: antara landskap yg terdapat di royal chulan hotel, KL

I thinks it's all for now..hingga berjumpa di pos bulan Mei pulak.. Adios!!