Tuesday, December 1, 2009

November 2009

Bagi rakan2 yg bergelar pendidik, bulan ni memang bulan yang paling dinanti setiap tahun. tapi x semua pendidik yg berpeluang untuk menikmatinya dengan baik sekali. ada yg menikmatinya hanya beberapa minggu dan paling malang lagi beberapa hari sahaja sebelum dipanggil oleh bos masing2 utk bermesyuarat utk seisi persekolah akan datang. well mengimbas kembali zaman persekolahan penuh gembira, 92-97 (Sk seri utama) and 98-02 (SMKASL)..banyak kenangan musim cuti tak dapat dilupa. berbanding dengan adik-adik aku ( najib& ijah) yg kena ke pusat tusyen utk persiapan pada seisi persekolah akan dtg. almaklumlah sorang nak ambik SPM sorang lagi PMR..memang menutut pengorbanan. yg kiteorng dulu memang mak ada siapkan jadual..tapi akhirnya..tengok tv jugak. yalah time tue memang banyak cerita2 yg menghasut hati utk melihatnya..ha!!memang budak yg degil, nak ikut ckp dia je..


Bulan nie, aku menyeberang ke utara, ibarat anak pulang ke ibunya...begitulah ibarat usm kubang kerian & usm induk di penang (ceh...x larat. sangatlah bersastera). disebabkan aku adalah pemegang biasiswa USM, aku dikehendaki utk menghadiri seminar sempena bulan postgraduate. tapi ke sana utk 2 hari plannya padahal benda seminar tue hanya utk 2 jam..cuba teka apa benda yang tak de kat kelantan nie yg ada kat tempat lain..uh..uh..dulu ms duduk selangor, ms undergraduate memang sokmo aku buat benda nie..yg selalu jadi mangsa ialah eha & kak shikin (lamanya x jumpa kak shikin..eha jugak, rindunya kat mu). of courselah menonton wayang. kat kelantan nie wayang kulit adalah, tue pun seingat aku x pernah lagi aku tengok dan selalunya dipertontonkan dalam dielek kelantan...aku punya kelantan x baik langsung. ckp..memang bunyi siam..pendek kata memang x leh jadi org kelantan lah..aku rasa belajar ckp indon lagi cepat. pendek kata memang bestlah tengok wayang. tengok jenifer body (nie diorng yg nak tengok) & 2012 (nie memang aku nak tengok)..best nya 2012!!very like it walaupun ada yg x logik di fikir dek akal (sudah semua tenggelam tapi yg pelakon utama masih lagi selamat, ala2 nabi noh punya alkisah pulak) dan memang betul, yg org kaya mesti dapat info berbanding org biasa. jadi terpulang pada cita rasa masing2, mungkin ada yg suka seperti aku dan mungkin ada yg kurang atau tidak menyukai cite ini. apa2 pun gaya persembahan dan audio dia yg menarik perhatian org ramai utk menontonnya dan dengar cite tiket2nya sole out utk 2 minggu lepas.. memang antara cerita yg dinantikan sungguh..ok..habis cite pasal wayang, cite pasal postgraduate balik. actually, aku sepatutnya berada di penang sehingga jumaat sahaja. tapi disebabkan oleh cik 'yam' kite kena kiss dgn nyamuk dan menyebabkan denggi. so, aku pun mengambil keputusan utk menemani kak hatin di penang ini. tahun depan pun aku kena ke penang jugak cause every USM's fellowship students kena pegi utk attend conferencess ini. soalan dia memanglah kaw2 punya sampai kena berfikir lama sebelum dapat menjawab soalan yg dikemukakan. ada setengah tue x sempat jawab dah kena soal lagi..so, the coclusion is kena get ready dgn segala yg akan berlaku ms present nanti..insyallah boleh buat!

kiri dr atas: me & ayu, symposium yg akan ku lalui tahun depan, takutnya..., wayang yg memang aku nanti utk ditonton. yes!!dapat tengok jugak..., kak hatin b4 present..
kanan dr atas: kak hatin & ayu, aku berlatarkan surau unik di usm, kak hatin selepas present,

































27 hb tue, umat islam di satu malaysia dan dunia menyambut hari raya haji dengan penuh kesyukuran. amin...dan bagi aku dgn penuh kekenyangan...ha!!ha!!tahun nie aku x balik beraya di sungai besar.cuti x lama dan raya kat sini ok jugak. banyak betul undangan sampai x menang tangan nak berjalan ke sana ke mari. kalo ada kete, mahu semua tempat aku pegi..ha..ha..tamak sungguh makhluk allah nie. tahun ni aku beraya dengan emi & kak fini. mlm raya tido di umah kak fini utk menyediakan juadah raya yg semuanya berasaskan western food. well...x raya kat rumahkan jadi memang betul mcm dok diperantauan.. (nasib baik utk raya haji nie x de salam perantau, kalo tak memang ada niat nak hantar, ha!!)ptg raya tue, aku, emi & kak fini ke umah mami. raya kedua, aku, emi, muni & along dengan menaiki kete aini menuju ke rumah sya. tahniah sya & selamat pengantin baru... raya ke-2 nie mengingatkan aku pada eha. tahun lepas pada ms ni eha telah kehilangan ibunda yg tersayang. sedekah al-fatihah sebentar pada arwah ibunda eha agar rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan org2 g beriman. amin... raya ke 3, kiteorng ke umah kak zila & azwan. well, raya haji di kelantan memang seperti yg dikhabarkan b4 aku ke sini & masalah jem semasa raya haji juga..jangan cakaplah...kalah kl. baru raya haji, kalo raya puasa..lagi teruk...ramai betul org kelantan nie merantau mencari rezeki di luar kelantan...oh ya, 27hb tue jugak, cite yg aku dok tunggu2 setiap hari jumaat 'nur kasih' tamat jugak siaran. luckly, hapi ending. hope pasni ada cite yg boleh menarik aku agar melekat kat tv pd setiap minggu...tapikan, kalo namanya main kat tv3, boleh tengok online. tapi lagi menarik kalau tengok kat tv, nampak jelas , terang & nyata ibarat hukum idzhar..

kanan dr atas: di pagi raya, ala..mcm gambar family pulak. me, kak fini & emi, gambar bersama mempelai di hari raya ke-2.
Kiri: us & sya..., antara babak dlm nur kasih..













anyway, that's all for this month. lastly nak ucap tahniah & selamat pengantin baru buat anum (sliss,08-2000), yus (ktt-03/04) and sya (usm-08 and kini). to anum & yus...he..he..sorilah aku x dtg.hish..rindu nak jumpa budak sekolah aku, hope boleh jumpa ms kawin acik nanti.. & to adik2 yg sedang menduduki SPM, mainly for my sister maznah..buat yg terbaik and akakmu ini sentiasa men
doakan yg terbaik utk anda...insyallah..jumpa utk bulan disember pulak..

Sunday, November 1, 2009

Oktober 2009...

Bulan Oktober..hm..apa ya nak cite..disamping mesin yg digunakan utk mengalisis sample itu rosak...duhai cik dhplc, bila anda mahu sihat? agar aku boleh meneruskan analisisku ini dan 'master' ku ini boleh siap dengan mudahnya? hish...lambatlah nie nak siap. sabar jelah...bulan nie (ya allah, kabulkan doaku mudah-mudahan mesin ini boleh berfungsi semula..), kebanyakkan masa di habiskan di lab. ingat nak cepat buat kerja..tapi dah mesin rosak...buat sequencing jelah keje aku. melihat warna2 dan corak2 yg ada pada result sequencing sahaja mampu membuatkan aku rabun warna..hish..memang kurang gemarlah membuat warna dalam masa yg lama..sebab tuelah kalau mak suruh teman dia ke kedai baju,warna yg cantik pun aku rasa x menarik...memang mudah pening warna sungguhlah. so, apa ya aktiviti bulan ni? setelah ku teliti kelendar ku, baru teringat yg bulan nie, pada hujung bulan ada 1 aktiviti menarik..melancong ke melaka dan menginap di homestay shikin yg diuruskan sepenuhnya oleh adindanya, ain. thanks banyak2 ya ain cause sediakan tempat, makanan dan lain2 utk akak2 nie. (aku, wana dan muni) memang leh buka business lah lepas nie. sangatlah berpuas hati dan tak lupa juga pada daddy & mummy shikin..terima kasih daun keladi, memang lain kali kami pasti akan datang lagi..bila??kena tanya shikin sendiri..he..he..


Gambar kiri dr atas: di kaki bukit yg menempatkan afamosa. tanda menara taming sari, di bandar hilir, Melaka Bandaraya bersejarah..,dataran pahlawan..


Gambar kanan dr atas: bergambar di pintu masuk,sajian yg disediakan di homestay ain..yam2, thanks mummy & ain, ikan2 di dataran pahlawan..

























sebenarnya, aku x pernah ke melaka (well, bapak x pernah bawak jalan2, jadi ms besar nielah berjalan sendiri). kalo setakut lalu, area highway PLUS tue x payah lah.. aku pun pernah, lalu kawasan dia sikit je. so, melaka kalo x salah ingatan aku pada subjek geografi ms form 3 dulu (teringat arwah cikgu fauziah, sedekahkan al-fatihah padanya..), melaka nie negeri no 3 terkecil di malaysia. tapi kiteorng x jalan banyak. setakat ke bandar hilir sahaja cause sebenarnya tujuan asal ke melaka bukan itu, yg nie cuma sampingan. alang2 ke sana, mari kite berjalan2. melihat khazanah peninggalan portugis & belanda yg kini menjadi daya tarikan ke melaka, terasa mcm kanak2 sekolah pun ada..tapi aku peduli apa, yg penting enjoy!!. so, kat sana kami sempat menaiki menara taming sari. ms menunggu giliran, kelihatan ramai ahli pengakap di sana, ada dari bangladesh, indonesia, jepun, korea, negara eropah dll. pelik gak..bila dirisik dan ditanya rupa2nya ada perkhemahan pengakap dunia di kl dan melaka dijadikan antara destinasi utk lawatan dalam agenda perkhemahan tersebut..hish..teringat ms sekolah dulu, ms kena berkawat, belajar ikatan (memang paling x suka kelas nie..banyak sangat ikatan yg ada) dan berkhemah (bab paling suka..ha!!walaupun terpaksa masuk dalam lumpur..). menaiki menara ini membolehkan pelancongnya menikmati panorama indah bandar melaka jika cuaca mengizinkan. memang bestlah ms tue..hu.hu..rasa nak naik lagipun ada..x cukup rasanya 7 minit berada di atas..lepas tue melancong ke muzium samudera (lihat keadaan kapal zaman dahulu & sejarah berkaitan dengan melaka seperti penubuhan melaka, hang tuah & kejatuhan melaka ke portugis), membeli belah, ke afamosa (sangatlah banyak tangga yg perlu dinaiki), banggunan merah, dataran melaka (mengurut2 diri di sini setelah seharian berjalan) & ke tempat parking yg terletak di salah satu shopping mall di melaka..aku x ingat namanya...

Gambar kiri dr atas: suku bentuk menara taming sari, kepanasan diluar muzium samudera, syikin, aku & wana menunggu giliran menaiki menara taming sari..
Gambar kanan dr atas: muni & me berjalan2 di melaka, lihatlah betapa besarnya kapal ini.., khusyuknya melihat panorama dari atas menara..























keesokan harinya..anyway nielah misi sebenar kami ke melaka. kami bertolak ke kenduri wani & mad. anyway..aku x kenal kedua mempelai nie. wani nie room mate wana masa kat matrix pahang. jadi kami ke sini utk menemankan wana. memang padanlah kedua2 mempelai dan menurut cite wana, diaorng nie start couple ms matrix lagi dan alhamdulilah sampai juga ke jinjang pelamin. to wani & mad, walaupun kite baru jumpa sekali..saya mengucapkan selamat pengantin baru & moga berkekalan ke anak cucu, dunia dan akhirat. anyway, perjalanan ke melaka memanglah best walaupun terpaksa menaki bas selama 12 jam. jadi ini saja topic yg menarik utk dikongsi pada bulan ini disamping keje..keje..keje..aiyah!!bila nak habis nie..ok, jumpa next month pulak..

gambar atas: pelancong2 yg excited melihat alam, di melaka..gambar kiri:atas: saya bergambar dgn pengantin with muni..bawah: kedua2 mempelai.. kanan: bakal pengantin bersama pengantin...















Thursday, October 1, 2009

salam lebaran....




Selamat hari raya semua..setelah 1 bulan berpuasa, maka hari yg dinantikan tiba..moga2 bulan ramadhan yg lepas memberi peluang pada kite utk menambahkan pahala dan segala amalan mendapat keberkatan (bak kata makcik kat dalam dunia baru tue, anda sila eja sendiri ya) daripadaNYA..amin...tapi x bermakna semasa bulan ramadhan sahaja, bulan2 lain pun boleh. ingat tue... gambar kiri, 1 family tanpa along, kak lin, azam & iman..cepat2 balik ya semua. *kanan-d'girls. bawah sebelah kanan-d'boys, kat belakang tue ketua diaorang. bawah dia-kanak2 berlari kerana ada 'gergasi nak langgar diaorag, ha!!ha!!*





















ok, bercerita mengenai sambutan hari raya..ha..ha..overall, rasanya mcm singkat sangat cuti yg di minta..dan sejak dah dewasa nie, aku rasa mcm cepat pulak masa berlalu..rasanya ms yg diberikan Allah 24 jam sehari..rasanya x cukup...tup2 dah raya and then need to going back to kelantan..hish..hish..master perlu diteruskan.cayo!!



ok, bercerita hari sebelum lebaran..disebabkan aku lupa nak beli tiket bas awal (ha..ha..masih tak ingat aku dikelantan lagi..dulu, hari nak balik baru beli tiket), ditambah kelupaan yg tahun nie tambang bas utk raya telah diumumkan awal ( aku sibuk dengan penang & genting), jadi tahun ini, kepulangan ku di kampung terpaksalah di awalkan dan ketibaan di kelantan juga terpaksa dilambatkan..bila di tanya, dengan senang hati aku menjawab "tiket habis, tiket tue je yg ada". bila fikir2 lama, nielah bab paling best sepanjang aku dok kat kelantan nie.*kiri-adik2 aku, bergaya dr kakak dia nampak?. kanan-adik2 dalam kete pesona bapak ku menuju ke rumah pakcikku.bawah kanan-our mr driver (penat ya bawak kete) & co-pilot. bawah kiri-merenung masa depan nampak?ada nampak apa2 tak?.


























balik rumah..well kerahan tenaga dikerahkan. dari pengemasan, pemasangan, penyumbatan dll..haiya!!banyaknya kena buat. mlm raya tue tido kul 2 pg. sambil2 kemas2 tengok avatar sampai episod akhir..lepas nie x yah lah aku tengok avatar cause aku dah tahu ending dia. memang bestlah ending cite tue.pagi raya, cause mlm tue x sempat cari baju dan jahit2 butang dan zip, terpaksalah proses jahitan dilakukan. kasut raya pun kena cari pg tue..dah semua kerja umah kena buat. adik?hish..sabar jelah. kakak aku pulak, penat dengan HO dia. ish..nasib baiklah aku x jadi dr, kalo tak memang 'masaklah adik2 aku'. tahun nie, tahun ke2 along tak raya dengan kiteorng (sejak sambung belajar di belfast)..sedih?, sikitlah cause along memang b4 nie pun pernah beberapa kali dia x raya dengan kiteorng. tapi yg penting hari b4 raya tue dah borak2 dengan along, kak lin, azam & iman (along jangan buat pura2 lupa ye, 2thn nanti) ..haiya..bilalah nie 2 budak nak pandai bercakap. so, pagi2 raya lepas siap2 dan bermaafan, kami ambil gambar family dulu..hish..bila dibelek2 lama2, sudah besar, adik2 aku nie..kakak2 dia je yg tak membesar2..ha!!so, destinasi pertama yg dituju, of course our grandma's house. utk raya ni, sawah sedang dibajak. lama sungguhlah aku tak tengok sawah padi nie..lama juga x jumpa sepupu2 aku..besar2 dah semua, nak duit raya, sila mintak kat dr..saya student lagi..ha!!borak2 dengan diaorng sambil menonton rancangan2 utk raya ini.


then, berangkat kerumah wak2 utk beraya seperti tahun2 sebelumnya. raya ke4 baru aku beraya dengan kawan2. tue pun aku paksa acik beraya dengan aku. dengan alasan..'tahun depan ko kena raya dua tempat, mesti x sempat raya dengan kiteorng'..ha..ha..bijak tak aku? tahun nie sempatlah aku, acik, aini, azie beraya ke rumah faizah aini, kak ela (lamanya x dtg umah kak ela, nasib baik ingat jln, semoga mak kak ela sembuh ya, pastue kak ela ikut kiteorng jln raya), umah aini & ustaz kzm..lamanya x jumpa semuanya..keesokkan harinya..aku,kak ety,odin (bantu kak ety mendrive, aku mana tahu drive),mamat & ijah..(najib-x nak ikut, lagi best main game sorang2 tanpa ada gangguan & maznah-kena dok umah baca buku, ye ke dia buat?) berjalan ke tampin,N9 (buat misi mustahil), ke parit bota, johor (misi 'merisik', ha!!), alor gajah (tempat kami bermalam di surrounding dusun2,ayam2 dan itik2), seksyen 8, shah alam (makan2 & melawat tempat yg telah lama ditinggalkan) dan simpang lima sg besar (melawat cikgu jaharah yg telah lama x berjumpa). hish..memang raya yg paling jauhlah destinasi yg dilawati. mengharungi 3 buah negeri & 1 wilayah. cuti punya cuti pejam celik pejam celik dan tiba masanya utk aku berangkat pulang ke kelantan. aiya..cepatnya ms berlalu.sebelum balik..seperti yg dijanjikan, aku pun menyiapkan segala kuih2 utk dijamu kepada kawan2 kat lab, housemate, my supervisor & na (yg banyak membantu dlm menyiapkan projek masterku ini)..

yg misterinya selepas aku balik, 'ugly stick'yg aku bawak utk kawan2 kat lab habis dengan cepatnya walaupun sebelum tue aku baru je menjenguk kat pantri..bekas dia pun x de..hish..hish..overall raya tahun nie boleh dikatakan paling jauh kami berjalan adik beradik..tahun depan boleh buat lagi..ok semua, selamat hari raya, maaf zahir batin..jomlah kite bersama2 menunaikan puasa 6 hari syawal pada tahun ini dengan jayanya..amin....

kanan-with my grandma, bro, mom & my uncle's family. lama x jumpa sepupu2 ku nie. kiri-rumah di tengah SACC mall..










Tuesday, August 25, 2009

ogos 2009


bulan kemerdekaan...dan seperti biasa lagu2 kemerdekaan dendangan allahyarham sudirman, aisyah, lagu ciptaan pak ngah dan lain2 akan mewarnai radio dan tv. selalu teringat kenangan ms sekolah, waktu sambut merdeka. ms boys kena berlakon ikut skrip lagu, masing2 sibuk nak sertai pertandingan itu ini sempena merdeka & girls yg kena buat perform dikir barat sempena merdeka. ingat tak ms kita menang dikir barat ms form 4..ish..memang x leh lupalah.bulan nie juga, umat islam satu dunia mula menunaikan rukun islam yang ketiga iaitu berpuasa di bulan ramadhan...moga bulan ramadhan tahun ini dapat ditunaikan dengan baik dan sempurna seperti tahun2 yg lain..insyaallah..





oklah, jom cite apa yg berlaku b4 bulan puasa. 1/8, tasya, kak sha,kak yana, yan yan syikin, ain and me dikehendaki pergi ke USM induk, penang untuk majlis angkat sumpah student2 yg baru mendaftar..eh, kejap. only tasya and me yg baru mendaftar..yg lain dah lama, tapi tak pegi lagi tahun lepas..ha, baru betul. so, di sana, kiteorng menginap di asrama saujana, mak ai..tangga dia punyalah banyak, kawasan tinggi pulak tue..penatnya..sian kiteorng kena panjat, tapi kesian lagi dgn ibu menagndung, kak yana. dah lah kena bawak beg, diri & baby lagi..nasib baik ada syikin yg gagah membawa beg kak yana. cayalah ash....so, kat sana actually majlis tue utk 2 jam je..dan selebihnya adalah masa merayau2..ha!!ha!!kat sana aku sempat gi bukit jambul (survey barang2 mp4 sikit), perangi mall (sori ya kalo salah eja..) and Queensbay..shopping? adalah sikit..tapi ash, kak yana...hm..hm..pepaham jelah.nasib baik x bawak kete sorong tue, kalo tak mahu 2-3 kete pun x muat..jgn marah ye..anyway..percutian di penang walaupun sebentar tapi banyak benda yg mencuit hati. ms kat kedai mkn, pasal kat bas (jangan nak citelah, mcm2 jadi) dan lain2. byk sangat kan yg nak kena story. so, kite ringkaskan seperti yg diterangkan di atas.


balik je dr penang, aku terus kena menghadap dr hans, sebabnya aku kena present oral utk genetic congress...hasnah nie memang x betul..patutnya present oral ms ncmhs. nie tak, congress yg besar nie, gi redah present oral for the first time..lama jugaklah aku berfikir...betul ke apa yg aku buat nie? rasa mcm malas nak pegi pun ada, nak menyorok kat mana ya? kalo aku balik selangor mcm mana? (byk kali pikir sampai gerun aku rasa), tapi sebab aku dah janji dgn dr..aku kena buat gak..bak kata pepatah, janji perlu di tunaikan..arg!!!sabar..sabar..balik umah, housemate aku kata kite semua kena pindah..ala...nie yg aku malas nie cause cikgu din nak ambik balik umah nie cause anak dia nak balik dan plan nak duduk kat umah tue..aiya!!x payah nak risau (kataku dlm hati...i got a big problem to face first, presenting oral at genetic congress,!). jadi dgn segala kemalasan di tolak tepi sebentar cause aku kena packing utk ke genting pulak (tapi bila fikir nak main2 kat puncak tue, terus aku nak pegi!). nasib baik urusan bas dah settle, and thanks to amin too...(sian dia, kena tolong, ala..dia naik gak bas tue, x gitu?)keesokan harinya..tepat kul 9.15 dengan kekuatan 15 org penumang dan 2 pemandu kami pun berangkat ke genting....dan sampai di sana pukul 6.15.


ok..apa jadi kat genting..overall memang menakutkan dan nasib baik aku kena hari pertama. so, segala ketakutan pun berakhir dengan cepatnya. soalan dia, leh tahanlah. tapi aku melindungi diri sendiri dengan segala ilmu pertahanan yg ada..ha!ha!!goreng dgn cara berilmu saja.. break sekejap. nak cite pasal dinner pulak.dinner tue, mkn lambat because menteri dtg lambat, 1 jam lagi lambatnya, dan makanannya x lah sedap sangat. kiteorng (aku, tasya,siti and kak aishah) dok satu meja dgn mr chia dan 5 org peserta dari udm (diaorng nie oklah, nice to met u all!). sambung cite...lepas habis present aku tunggu sampai tasya habis dan petang lepas tasya habis present..aku, tasya,siti & kak aishah menaikkan diri kami ke taman tema genting, ambik out and in door game...best giler!!aku main roller coster yg baru & lama. (baru tue agak menakutkan sikit ditambah kabus yg tebal cause baru lepas hujan dan tak nampak jalan benda tue nak ke mana..sedar2 dah terbalik diri..), carpet terbang (pak2 arab nie main lawan jerit pulak, nasib baik aku x pekak lepas naik), naik gajah (tekan butang tengah tue, tiba2 dia ternaik turun), naik buaian (sejuk cause bukak kasut dan lupa nak pakai stokin...), dan pirate train (ingat apalah...x takut langsung, penat aku tunggu..) utk yg out door. x banyak leh main cause sampai puncak pun dah pukul 5. cause weekdays, taman tutup kul 6.30. pas tue, kiteorng pun pegi ke in door theme main2 bumper car, naik gondola, ferris, main kat snow world (gila sejuk...mcm mana lah aku nak duduk luar nagara nie. dok malaysialah lagi best..), 3d cinema (cute sangat kucing dia tapi x reti2 nak terbang, sampai kiteorng pun sendiri pun terterbang sendiri), dan kuda berpusing. disamping mengabadikan foto2 kami di sana...bestnya pegi genting ramai...kalo lagi ramai lagi best!!ha!!ha!! balik, kiteorng naik awana sky view dan sampai ke awana hotel dalam kul 11.50 malam.. di kesempatan ini, nak ucap congerate to abg nizam (menang tempat ke-3, ala menang selalu dia menag pun), ct (menang tempat pertama, cayalah ct setelah tiga kali berturut-turut present oral, menang jugak. cayalah ct) & Dr khai, ppsg (no 3 utk poster)..balik2 dari genting, dapat tahu ada 1 org student ppsk kena H1N1. balik nie, gayanya kena pakai masklah pulak..adui!! x suka nya. tapi kena pakai jugak. overall perjalanan ke genting sangat best..kalo gi conference mcm nie, selalu pun x pe walaupun present oral..he.he..takutnya..hope2 lepas nie kalo ada confrencess leh gi dgn bilangan yg lebih ramai... gambar di atas, di depan pintu masuk taman tema genting. paling kanan baris satu, bergambar dengan salah satu poster dr usm. tengah: dr hujung kak yana, kak aishah dan siti. sebelah: sebahagian warga genom...bawah dr kiri: gambar dinner di kuala kerai. tengah: awana genting, baru balik drp bermain2. hujung: sijil kemenangan siti as the best oral presentation utk bahagian genetik manusia..tahniah!













ok, balik dari genting, tasya kena uruskan program utk ke cameron pulak..aku? x nak gi sana..penatlah..dari penang ke genting..penatnya...22/8 adalah yg dinantikan oleh semua umat islam di malaysia dan kawasan2 yg sewaktu dengannya.. (yg ditunggu ke?entah..aku pun x pasti, tanya diri masing2 ya). Tertinggal satu cite pasal rumah. lepas balik genting, kami semua pergi makan2 di matahari..cause me & shikin dah dapat fellow.(alhamdulillah!, x payah nak korek duit geran lagi...) overall makanan di matahari, oklah..kiranya standard new horizan tapi tempat dari segi kebesaran dan lawa, memang new horizan menang lagilah..disamping menyambut birthday along, wana & muni..hapi birthday!!sweet 24 (aku dah lama sweet 24, korang baru je..)
Satu lagi nak cite pasal dinner persala di shams (sori, if wrong spelling)..dinner nie mcm kurang je sambutan..yelah ajk yg buat semuanya termasuklah persembahan dan aturcara utk dinner. anyway, moga persala lagi sukses utk tahun2 mendatang datang, dan dapat kumpul lebih ramai master student utk kite2 bertukar pendapat tidak lupa juga reagent if kiteorng nie kekurangan reagent yg diperlukan...
bulan ramadhan pun tiba..so, seperti tahun lepas, aku dan budak rumah gi mengerakkan kaki masing2 di surau yg terletak x sampai 100 langkah dari rumah kami..time2 nie je kiteorng gi surau. time2 lain..jangan harap...ok, selamat menunaikan puasa&menambahkan ibadat di bulan yg mulia ini... jumpa di bulan hadapan utk sambutan hari raya!selamat berpuasa!!!





































Thursday, August 13, 2009

Julai 2009

Haiya...bulan Julai sudah...seperti biasa keje...keje....otak dengan badan pun x bergerak sekata dan seiring. tiba2 rasa rindu bangat kat rumah..sama makanan mak, koleksi2 buku2 yg melambak tue...family..ah!!!rindu sangat..hari tue balik kejap sangat. sehari je...dah lah dari kelantan nie nak balik sg besar sangat lah "dekat" (sila lawankan perkataan itu..) ish...ish.. ok, bln julai nie secara rasminya tasya and me adalah student master i usm...actually, bila dah daftar nie lagilah gerun...yalah kena kejar deadline. yalah...i need about 2 years to finish it all and masa tengah tulis nie pun kemalasan memang bersarang di minda yg malas..ya allah..malasnya nak keje...apa ya petua utk bagi rajin..adakah perlu ada rangsangan dari supervisor, keinginan diri atau apa???

ok, before aku balik bercuti hari tue banyak betul keje yg dtg mendadak..meeting projek cause kena tolong dr lilian, (m med student) utk siapkan master dia..akhirnya bolehlah aku menumpukan perhatian pada genetic je cause keje kat blood bank & hematology nak siap.tapi masalahnya kena ganti barang2 dan alamak!!dan terlebih pulak aku ganti. terpaksalah aku report kat bos...hish..cam mana nak ckp nie??area aku cuti jugak..ms tuelah dr narzah nak dtg sini..aiyah!!kena siapkan slide utk bos tengok utk diaorng bincang nanti...agak kelam kabut jugaklah b4 balik tue...



setelah penuh onak duri dan rintangan 17hb tue aku selamat bertolak dari langgar ke teluk intan, perak. thanks wana & ain cause hantar.. actually ramai org tanya napa turun perak, tak turun sg besar terus..nie hamba bagitahu sebabnya. x de bas yg terus dr kelantan tue ke sg besar. paling dekat pun teluk intan and i terpaksa menyusahkan kakak ku utk ambil dr stesen bas ke hospital teluk intan dan ayahanda utk ambil dari hospital ke rumah. adalah dlm 1 jam...kalo trn dr shah alam ambik ms 2 jam lebih utk sampai ke rumah..jauh betul perjalananku ini...x gitu.



balik tue, aku, kakak, serta adik2 aku merayau2 gi ke kl. ingat nak tengok cite harry porter tapi...x dpt tiket lah..hish..hish..(aku bukan tengok sangat cite nie, adik2 yg nak tengok sangat).tiket ada tapi nanti semua duduk merempat. kalo aku, ok je..tapi budak2 nie kan di buat sesat lepas tengok wayang, tak nya aku kena cari sekitar wayang kat time square tue...so, setelah berpusing2 di kl..(nie yg aku malas nie, aku mana tahu sangat jalan kl, kalo setakat naik komuter/lrt/star tue, serakan saja padaku...ha!!!ha!!), berpandukan peta dan papan tanda kami akhirnya membuat keputusan utk ke bangsar..ke mana lagi kalo bukan mid valley...mak ai..oh ya..kl berjerubu ms aku pegi.lautan manusia jangan katalah..almaklumlah jualan mega...kalo gi mid nie..tempat yg aku paling nak pegi x lain x bukan mph...setakat mph yg pernah pegi..mph nie yg paling best!!tapi kalo dibilang berapa banyak buku yg aku beli kat sini..he..he...x banyak pun. aku lebih suka duduk sini dan membaca..almaklumlah..kewangan x stabil sangat, nak beli sayang, melainkan aku memang betul2 suka buku tue. sepanjang kat rumah pagi2 keje aku memang tengok amazing race & cite thai kat tv2, battle of angle. mesti dah habis sudah cite tue...dan..i need to help my mom yg nak berniaga kuih batang buruk utk lebaran ini..banyak tul kelongsong yg aku kena buat..hish...hish...susah jugak nak berniaga nie..hish!!!hish!!nak mkn jugak yg senang..ha!!ha!!
gambar sebelah: ikon jualan mega di mid valley ut tahun nie..








so, setakat tue jelah utk bln nie..hal lain..mcm biasalah keje..keje..keje...dan pilihanraya di manik urai yg menyaksikan pas menang dgn 65 undi & cuti pada hari tue!!ya!!!org dah bg cuti mari kita bercuti!! & selamat pengantin baru buat anak buahku liza..ambil gambar pelamin je cause pegi 2 hari b4 majlis..jadilah tue! jumpa lagi utk post ogos 2009.