Thursday, August 19, 2010

Selamat berpuasa & hapi merdeka




Jumpa lagi dlm edisi ogos 2010..hm bulan yg penuh dgn semangat patriotik (sori, kalo salah eja..) dan bulan yg paling mulia disisi Allah yg dikhaskan utk hambanya, bulan yg dtg sekali dlm satu tahun..bulan ramadhan (ahlan wasahlan ya ramadhan..) baiklah menyelak planner utk bulan ini sebentar...


kite pergi ke hari2 sebelum bulan puasa..1hb ogos, x sangka dah genap 1 bulan aku melancong ke london..rasa mcm x percaya dah berjalan dan bermain2 di sana..memang best tp memikirkan perjalanan yg 13 jam tue..lamanya..dah rindu zaman along, kak lin, iman dan terutamanya azam..dah pandai ckp dan seronok borak2 dgn dia..cannot wait to see them back on may 2011. hope along boleh balik ms tue dan phd dia pun dah siap dilaksanakan dgn jayanya..chaiyok bro!! dan diri sendiri pun perlu berusaha utk siapkan labwork & thesis..new target..siapkan lab work by the end of disember 2010 & thesis b4 along pulang ke malaysia...ya allah, permudahkan jalan hambamu ini..amin...


7/8 pula, berlangsungnya family day yg aku mengjoinkan diri buat kali ke-3..tahun nie di aura training centre, tok bali, kelantan..overall ok & best tp lagi best kalo ramai yg boleh join..tahun nie sekali lagi aku diletakkan sebagai ajk aktiviti dan mc..tahun nie jugak aku menempatkan diri dlm group 3 yg terdiri drp kak shima & family, dayah & family dan kami yg bujang iaitu aku, arfah, kak hatin & nik..keseluruhan aktiviti (ai..nie nampak memuji kerja sendiri nie), kami ajk aktiviti (aku, kak fini, syibli-ketua & zaki) try pilih acara yg belum pernah dilakukan oleh genoms & menarik utk dimainkan..maka aktiviti utk dewasa yg dirangka adalah musical chair, kita lihat sapa yg kena (KLSYK) & tarik tali. KLSYK diinspirasikan daripada gambar2 guru semkasl..kelakar tengok gambar mereka bermain (teringat cikgu2 zaman sekolah, lama x jumpa) dan try dipraktikan dlm family day tahun nie...minta maaf ya pd peserta kerana kami x perasaan ada 2 tempat pada dadu yg mempunyai '-2'...maaf ya..anyway hopefully next year lebih ramai yg boleh join family day genom maybe kite boleh buat di luar kelantan..jauh perjalanan luas pandangan..

Dr kiri: model2 genom 2010..kreatif jugak diaorg.kalo nak tengok staffs & students ms nie memang sesuai. Gambar tengah: semua org yg joinkan diri utk genom 'family day 2010'..x de dlm gambar adalah kak wan &family serta dr gan & family..Gambar kanan: kak fini & me..
Gambar kiri: kak ros melompat kegembiraan setelah menjuarai acara 'musical chair' arfah tewas utk tahun ini & gagal mempertahankan kejuaraan tahun lepas. Gambar tengah: ala..aku memang x de talent main 'musical chair'..uh..uh..x de kerusi kosong...Gambar kanan: 'musical chair men's part...
Gambar kiri: aizat & the gang membuka langkah sebesar yg mungkin... Gambar kanan: amin..lari laju2..
Gambar kanan: sedang cuba mempertahankan kwsn masing2..tarik!! Gambar tengah: aiyah!!x de ong!! kasi jampi sikit...



Jom makan2 before balik....banyak makanan nie..










Zaki x de org menipu..tue tolong jampi utk dadu yg abg man baling tue..





lastly event utk bulan ini adalah menjelang bulan utk semua umat islam..ahlan wasahlan ya ramadhan..rasanya bulan puasa tahun ni cepat sangat berlalu..ya lah x sedar2 semasa entri ini ditulis sudah 26 hari umat islam berpuasa dan sekarang semua org mengira ms utk kembali ke kg halaman. x kira yg duduk dekat atau jauh..sama je semua..buka puasa tahun nie hampir setiap hari aku membantu umat islam dgn membeli makanan di bazar ramadhan..bukan senang nak buat amal jariah hampir sepanjang hari selama 1 bulan..bulan ni sahaja..ha!!ha!! bukan apa, disamping sebab utama, 'malas utk memasak', aku rasa lagi jimat membeli di bazar..rata-ratanya hanya rm 5 ringgit di belanjakan setiap kali ke bazar ramadhan..jadi kira2nya dlm rm 150.00. yalah makan utk sorang kan..boleh lah tue dan 1 lg sebab aku pun balik ke rumah pd pukul 6.00 ptg..huhu...memang x larat. tahun nie just buka puasa di luar beberapa kali sahaja. 1st ms awal2 puasa, makan di rumah ain di TM, next buka puasa with my housemate (emi, oh dan muni) bersama housemate mar yg terdiri drp mar, shikin, ayu & farah, buka puasa 1 september di d village dan maybe yg last yg memang aktiviti tahunan pusat genom manusia iaitu berbuka bersama2..memang suka aktiviti ini..bukan senang nak kumpulkan org2 genom secara beramai2..ye!!dan tahun ini bergabung bersama-sama tasya & fiza utk membawa buahan. baiklah tu saja entri bulan ni, yalah time puasakan jadi byk aktiviti2 luar di bekukan..hope sangat my 'darling' akan sihat sepenuhnya tahun depan...ok, jumpa di next entri..selamat berpuasa (yg tinggal beberapa hr sahaja) & selamat hari raya!!

Gambar kiri & kanan: berbuka bersama housemate & mar housemate di chengmai...


Sunday, August 1, 2010

julai 2010..bercuti, bermain & berconferences

baiklah..utk post kali ini, seperti yg diwar2kan sejak bulan 12 tahun lepas dan diungkit semula bulan jun lepas maka kali ini sy hanya akan mengepos gambar2 yg diambil sekitar london dan belfast yg belum dipaparkan di dalam 'muka buku' saya.. yalah, x larat nak upload semua..secara rumusannya, percutian yg best, menarik, pemandangan yg indah..jumpa along, azam , kak lin dan iman dan yg paling penting ms 1 minggu tue memang x cukup, tapi kalo lama2 apa nak jadi master aku..so, 1 minggu tue kira oklah (tp sekarang sudah mula terasa rindu kat azam. dia dah pandai ckp, jadi seronok nak melayan..iman pulak, dia x sihat ms tue..asyik menangis je)..tue pun brg2 hampir terlebih beban, kalo 2 minggu memang ada yg kena bayar denda cause beg lebih muatan. Gambar2 terpaksa di ambil menggunakan sebelah tangan dan dengan bantuan handphone..sebab no jurukamera dlm perjalanan nie, sendiri kena jadi camerawoman..so,lepas nie next percutiaan masih x di plan lagi tapi maybe trip akan bertambah ahli yg mengikuti..so, cepat2lah adik2ku, kakak dan sapa2 yg nak ikut..mari mengumpul duit..percutian akan didecide kemudian...


Gambar Kiri: berhadapan istana 'buckingham', cantik sungguh bunga di sana. Gambar tengah: on dway to underground train. Gambar kanan: di belfast di salah satu kilang perindustrian terbesar di belfast..
Gambar Kiri: meniti tower bridge.. Gambar tengah: x ingat namanya tapi ms nie on d way mahu ke tower bridge..Gambar Kanan: pemandangan dr kapal terbang yg melalui sekitar london..nampak keadaan yg sangat cantik dr atas....



Gambar Kiri: Menahan batu yg nak terjatuh di sekitar tower bridge (ha..ha..muka mcm x menahan pun..). Gambar tengah: azam's shoes and his 'acik'..keciknya kaki azam.. Gambar Kanan: teksi di london..sungguh menarik dgn pelbagai corak yg diukir di teksi. memang teksi versi kete dulu2..



Gambar Kiri: us with a big fish di sekitar perlabuhan di belfast. Gambar tengah: bunga2..di botanic garden..hancur harapan nak tengok tulip..uh..uh..buat gaponya x tanam tulip. Gambar kanan: kak lin & along, sekitar bangor..mana anak2? ha.ha..dua2 tengah tido..



Gambar Kiri: iman..nie satunya2 gambar yg dia nak main dan muka tersenyum2..gambar lain semua masam..ala, kesian dia..sakit ms tue.. Gambar tengah: depan umah along di belfast. Gambar Kanan: azam in d picture..suka dia bila ambik gambar..


Gambar kiri: along & mak di dome at victoria square, belfast. Gambar tengah: bandar belfast dalam pembinaan..memang x de sangat kete yg lalu lalang. Gambar Kiri: me tengah menahan drp ditiup angin di giant causeway, belfast..nasib baik berisi gak..


lain2 gambar, leh berjumpa saya sebab sy teramat malas nak upload lagi. buat maznah, nanti ana bg tengok kat umah ya..jadi dgn segala berat hati..kisah di london ditutup dgn rasminya..uh..uh..nak pegi lagi.. khas buat semua, ada video klip mengenai giant causeway







bulan julai nie jugak menyaksikan penyertaanku kali ke-2 utk conferences..ncmhs dan nie first time aku tercampak di bahagian 'medical sciences'(info: biasanya bahagian medical sciences nie memang terdiri drp dr2.student jarang yg masuk)..sampai terpaksa membetulkan penggilan yg mc berikan padaku..'just want to inform mc, i'm not a doctor, i just master student' yalah, jauh lagi perjalanan ini b4 dapat title 'dr' tue..insyallah, akan tiba msnya, amin...overall, ncmhs kali ini memang agak kelam kabut..tak tahu nak salah sapa..memang lah tempat utk ncmhs tahun ini lain drp tahun sebelumnya, tapi nampak banyak sangat kekurangan lebih2 lagi pasal sijil penyertaan..hope tahun2 yg akan dtg pihak penganjur dapat mengatasi masalah ini..mungkin daripada kekurangan yg sangat ketara pada tahun ini dpt diatasi kelak..and nak ucap tahniah buat kak hatin..cayalah..berjaya mengekalkan kejuraan bagi 'best oral speaker: basic sciences' buat kali kedua berturut2..really proud of you..



Gambar kiri: me & bakal pengantin: miss jue. Gambar tengah: genoms in d dinner..banyak betul ekspresi muka korang di sini ya..Gambar kanan: genoms di akhir conferences



Gambar kiri: me & dr lilian (muka dia sangat cute..mula2 kenal ingat cina malaysia, rupa2nya cina indonesia). Gambar tengah: ami, me, ain & dr lilian. Gambar kanan: ain & ami with sya..sya is pregnant..bila tengok gambar dia kawin dulu memang berbeza dgn dia sekarang..



penutup utk bulan ni, aku, along dan muni (sepatutnya ami tp sebab dia nak get ready utk presentation journal club jadi aku dan along kena cr ahli ke-3. sian gak tengok ami..and thanks to muni cause nak join group kiteorng nie) menyertai aktiviti sempena hari PHT (perpustakaan hamdan tahir, setiap kampus usm nama library dia lain2) iaitu selongkar PHT..ha..ha..bukan senang nak buat bising dan berlari2 kat libarary, hari nie je dibenarkan. overall, memang best lah msk aktiviti ni dan yg penting pernyertaan adalah percuma. siap setiap group either yg menang atau kalah dpt hadiah masing2 dan makanan disediakan 2 kali iaitu b4 and after selongkar..memang menyelongkar habis library dan setiap ceruk library aku pegi termasuk tempat yg x pernah dan tak boleh dibenarkan msk kalo bukan staf: tempat perkhidmatan media, kaunter pinjam & pulang buku dan muzium patologi..hajat dihati memang nak no 1 tapi apa nak buat, ada 1 soalan tersilap jawab, so kami dpt tempat ke-2 dan berjaya memenangi headphone serta barangan2 sampingan drp library..x tahu yg pertama dpt apa sebab diaorg habis game terus bergegas ke kelas..sian diorng. tapi memang happy, enjoy dan sangat fun bermain 'selangkar pht'...rasa nak join lagi pun ada...



Gambar kiri: kami yg menyertai & ajk yg sporting..Gambar tengah: saat2 mengira harta yg dikumpul..along dah puas ugut ajk2 kat library tue..ha..ha..Gambar kiri: us..depan library. along still pegang telur oren tue..salah satu drp brg amanah yg kena simpan.

ok, that's all for july: bulan berpoya, bermain & berconferences dan akibatnya sekarang dalam proses pemulihan utk stabilkan kewangan sendiri.uh..uh...ambik ms nak pulih ditambah raya yg bakal menjelma... bulan puasa nak dekat nie dan tiket bas x beli lagi..nie bab paling lemahlah lagi2 kaunter trans kat bawah dah x de...ok, selamat berpuasa & sesamalah kite meningkatkan amalan kite sepanjang bulan yg mulia ini...adios!! lastly before the end nak ucap congrate buat ina & pasangan..wedding dlm taman gitu, and sorry x dpt hadir..hope bahagia selalu dunia & akhirat....