Thursday, June 24, 2010

Jun 2010


Sengaja memilih gambar di sebelah sebagai ingatan pd diri agar menguatkan diri utk beribadah padaNYA...insafi diri sebentar..
sengaja juga menulis entri ini sebelum msnya..bila jun dah dtg memang rasa sangat gembira sebab tinggal 1 bulan lagi sebelum saya dan mak berangkat ke UK bertemu along, kak lin, azam & iman..rindu sangat dgn along sekeluarga..dan x sangka dah hampir 3 tahun diaorg kat sana..masa..masa..masa, terlalu cepat berlalu & x langsung kite jangkakan. terimbau2 balik kenangan hampir 3 tahun lepas along & kak lin sekeluarga kat klia tahun 2007. ms tue aku tengah praktikal kat seremban for my final year di MSU. ms tue kiteorng 1 keluarga memanglah ada rs sedih..tapi aku rs family kiteorg boleh terima sikit along akan fly ke belfast, irland compare family kak lin cause ini first time dia akan berjauhan dgn famili dan yg paling sedih x leh balik raya mcm yg di buat setiap tahun dan hanya mendengar suara serta melihat muka tanpa dapat menyetuhnya..aiyah hasnah, tertouching pulak..so, it's not me..ha!!ha!!sampai bila kak lin salam kiteorng, kiteorg pun nak menangis sampai aku kata "kak lin jangan sedih, nanti kiteorng pun sedih..jgn risau kite mesti jumpa punya lepas along habis belajar tak pun sy akan lawat akak sekeluarga nanti...". " along nanti balik berempat tau (azam mesti dpt adik punya lah kat sana dan terbukti bila iman telah selamat lahir pada 19/12/2008. see along, ana dah ckp dah. ha..ha.." jadi tunggu kedatangan kami pd 1 Julai 2010..oh airasia bawak kami terbang jauh..melawat along, kak lin, azam, serta iman...Gambar kiri: azam ms kecil..nie lah kali terakhir kiteorng 1 famili tengok dia...ms tue umur dia baru 8 bulan, sekarang dah 3 tahun dia..Gambar tengah: along 1 famili without iman and kalo tak silap masa nie di awal2 tahun along di belfast..Gambar kanan: iman & azam bergaduh ms birthday azam tahun lepas..entah apa yg direbutnya...

ok, bercerita apa yg terjadi sepanjang bulan ini..bulan 6 nie memang 1 bulan yg sangat memenatkan tapi kali ini lebih memenatkan emosional serta mental. fizikal tidak terlalu penat disebabkan mesin masih tidak dibaiki lagi..draft utk thesis, rasanya just sempat hantar method & material shj..ampun bos..saya janji akan hantar draft utk intro sebelum akhir tahun (aku kena percaya aku boleh buat lagi cepat dr itu...ya Allah berikanlah kerajinan dan kekuatan pada aku ini ya Allah..amin...) he..he.. alhamdulilah jugak, RCMO & MOSTI telah approve utk permohonan perlanjutan buat kali ke-3 walaupun selama 3 bulan..x perlu aku memeningkan kepala menguruskan sebelum prcutian panjangku..siap tulis kat surat itu menyatakan "sila hantar laporan akhir selewat2 nya 1 oktober 2010'. ha ko, memang x sah bagi lanjut lepas ini..jadi kena control duit betul2 supaya penyata tidak kelihatan sebarang lambang "-" pada nilai ringgit nanti..apa lagi ya, oh ya duit utk yuran NCMHS telah dibayar dan akhirnya perlanjutan utk fellowship telah dibuat..thanks sesangat pada kak zie, s/u prof nik. sangat baik & tolong cr borang kiteorng yg hilang tue..just b4 fly kena call penang utk tahu senarai yg dapat.."ya allah tolonglah permudahkan dan dimurahkan rezeki hamba mu ini ya Allah".


so, utk perkahwinan bulan nie, aku menghadiri majlis sara & jai (budak sekolah rendah) & arip & dian (arip-kwn di msu). majlis sara aku ketemu jugak dgn kak ela..kak ela is one of my best friend & close semasa kiteorng kat sekolah rendah & menengah..sekarang je x rapat sangat cause busy dgn urusan sendiri..hope sangat boleh kembali ke zaman silam. x lupa jugak jumpa jijah..after almost 7 years x jumpa dia..uh..uh..miss you so much!!yg lain2 pun rindu jugak, tapi z lah serindu dua insan itu..uh..uh...ke rumah arip kiteorng gi dgn menaiki kete alza en kuzek..thanks ya!!walaupun perjalanan jauh dr kb ke chukai (terengganu) yg memakan ms 5 jam lebih, tapi aku x kisah. individu yg terlibat ke sana adalah aku, mar, ain, kuzek (pilot), kopang (co-pilot) & azhar..jumpa eha, kak di and wani!! (rindu sangat dgn korang..kite kena buat perjumpaan balik...)


Gambar kiri: me & kak ela memegang gambar pengantin..miss u so much!!gambar tengah: sebenarnya nak upload gambar lain, tp x leh..so, ini je yg boleh...Gambar kanan: arep & dian curi dr fb eha (maaf ya eha, aku x sempat nak mintak kat gambar gambar yg lain..)

so, this is the entri for this month. semua keje dah hampir setel (hanya intro & 2 abstract x sumbit ke bos)..dan esok 1 Julai aku akan terbang berjumpa 3 individu yg sangat dirindui & 1 org yg x pernah dijumpai..hope sepeninggalan aku ke sana x de benda yg important perlu disiapkan..kalo x kesian dekat org lain terutama 'tasya'..ok, moga percutian aku kali ini terbaik pernah dinikmati disebabkan aku mengeluarkan belanja yg agak besar yg tak pernah aku gunakan sepanjang hidupku...ok, jumpa next entri...

Tuesday, June 1, 2010

tragedi mei 2010

utk kali ini, disebabkan ada tragedi yg x dpt dielak, dan disebabkan pekerjaan yg sy x mampu diselesaikan, jadi saya memutus utk menulis entri bulan Mei ini secepat yg mungkin..ala..azam2 baru gitu.. (tipu sahaja, sebab bila dah buat senarai kerja yg kena buat before fly bulan julai ini, jadi entry bulan mei nie lambat pos...ha!ha!!)ok, bulan mei ini ada tiga kisah yg sangat menyakitkan hati & menyedihkan (sob..sob...) berlaku pada minggu ini dan sesungguhnya apa yg terjadi ada hikmahnya.. Alhamdulilah, semuanya dapat diatasi dengan kuasaNYA..amin..




ok, bercerita mengenai kisah pertama...dengan dukacitanya diumukan pada 09 Mei 2010 bertempat di PT1201 dilaporkan..rumah kami yg diduduki sejak lebh 1 tahun lalu, telah dimasuki 'PENCURI'. apa benda yg hilang, setelah dihitung, ditambah, didarab dan dibahagi utk part aku..aku kehilangan handphone lamaku yg dibeli semasa sem 2 tahun 2004 di MSU dulu.frankly speak memang sayang jugak kat phone ni dan banyak berjasa utk kebaikan dan amal jariah ku di akhirat..insyallah cause phone ini yg digunakan utk mengerakkan diri ini diwaktu subuh..sebab utama aku tukar phone ini dgn phone 'sony erricson' sekarang yg digunakan kerana ia mempunyai masalah kronik iaitu pihak disebelah org yg aku telefon atau menelefonku x dpt mendegar suara ini dan bateri cepat 'kong'. memang banyak sungguh jasa handphone ini pada aku (uh..uh). selain itu, cincin yg berharga RM 19.90 pun dibawa lari..ha..ha..padan muka pencuri tue, mesti dia ingat cincin tue mahal..ish..ish..tuelah buat kerja x berkat kan penat je yg dapat. selain itu, beg yg diberi semasa conferences di genting dulu pun diambil.. pendek cite dilaporkan brg2 aku yg diambilnya semuanya x ok..lagi2 cincin... lupa pulak 1 lagi brg yg diambil iaitu sejumlah wang tunai berjumlah RM 5 yg aku simpan dlm mug di atas meja.secara keseluruhannya brg yg dilapokan hilang adalah:

1. Me-Handphone (lama), RM5 & cincin (RM 19.90)

2. Shikin-Camera digital (RM1,000++)-benda yg paling mahal dicuri dr PT1202 & memory card yg baru di beli. sian shikin, dah lah dia sayang giler kamera dia...tak lupa jugak lampu suluh shikin yg memang powerful itu. pendek kata, shikin mengalami kehilangan yg paling besar dlm kejadian ini..sabar shikin..
3. Mar- Handphone (lama), cincin, dan jam tangan. kerugian x diketahui & dilaporkan

4. Muni-Handphone (lama), nasib baik gelang silver dia x kena ambik..mahal tue, memang dia minat kat cincin aku jugaklah.hu..hu...

5. Ain-RM 3-kerugian paling sikit yg dialami

6. Wana- Lampu suluh & duit syiling dlm tabung bear
7. Ami & along-tiada kerugian yg dilaporkan..

Nasib baik dia x ambik duit gaji ami dan paling penting duit umah kiteorng utk dibayar pada cikgu din & alhamdulilah x de org masa kejadian itu berlaku...



Gambar kiri di atas: Me & along & rumah kami yg telah diceroboh.. Gambar tengah atas: meja ain,x banyak yg dia selongkar. Gambar kanan atas: pemandangan di ruang tamu.
Gambar kiri di bawah: Salah satu sudut yg diselongkar I. Gambar tengah di bawah: Salah satu sudut yg di selongkar II. Gambar kanan di bawah: tempat yg paling teruk di selongkar, bilik master room.agak2 nya 'dia' begang kot sebab x jumpa apa2 yg berharga.


Kisah kedua...kalo korang ingat, aku pernah cite yg aku maybe akan mengalami ketidaksihatan pada tahun ini..dan akhirnya setelah 6 tahun aku x demam, aku demam jugak bulan ni. tapi demam dia utk 1 mlm sahaja..yg paling teruk..kesan2 sampingan like pening (1 hari), batuk2 sampai x de suara (2 hari) tp x selesema pulak..alhamdulilah..kalo x, parah jugak nie..dan setelah sihat pulak aku memang kena pantau kesihatan badan selalu sebab aku nie kalo dah demam sekali, chances utk demam balik memang ada tp alhamdulilah jugak cause penyakit2 nie x dtg serentak kalo ikut yg kena ms kat msu dulu semua dtg serentak dan pd bulan puasa pulak tue..so, kena be careful lagi2 bulan julai nie dah nak fly..he..he..so, segala anggota bdn ku mohon agar kalian sihat ya..kite nak fly jauh nie..rindu bangat sama azam, iman, kak lin & along. hampir 3 tahun x jumpa diaorg.

kisah ketiga...nie memang menyayat hati..my 'dear' x leh guna lagi..kali ini, bukan rosak tapi spare part dia x de..hu..hu...terpaksa tunggu quotation dr company utk beli lampu yg rosak..nasib lah badan..kekadang berfikir jugak,asal lah x rosak ms aku bercuti nanti..hu..hu..punah harapan aku utk siapkan seberapa banyak sampel bulan mei & jun ini..'hancur hatiku'.... thinking i need to discuss something with my 'bos' dengan keadaan mesin begini..'bos' harap anda cepat sihat..sudah lama x lihat 'bos' di usm dan berjalan dengan baik..


so, seperti biasa mahu mengucapkan 'selamat pengantin baru' utk kedua2 kwn di sliss, erma (aku dah ingat suami ko yg mana satu, patut muka familiar) & ani..moga bahagia dunia & akhirat..amin...oklah, that's all for Mei entry..










Gambar atas belah kiri: pn erma di majlis akad nikah. gambar tengah di atas: erma with my slissan friend (jihah, fad, shima, aini & muna). Gambar kanan di atas: erma & hubby (ashraf). gambar kiri di bawah: ani & hubby (giler panjang veil org yg edit gambar nie..nampak sangat kreatif. Gambar tengah bawah: ani & my slissan frien (kalo perasaan baju yg dipakai & individu di gambar nie adalah sama dgn majlis di rumah erma cause majlis resepsi di buat pd hari yg sama). Gambar kanan di bawah: Pn ani..