Gambar kiri dr atas: di kaki bukit yg menempatkan afamosa. tanda menara taming sari, di bandar hilir, Melaka Bandaraya bersejarah..,dataran pahlawan..
Gambar kanan dr atas: bergambar di pintu masuk,sajian yg disediakan di homestay ain..yam2, thanks mummy & ain, ikan2 di dataran pahlawan..
sebenarnya, aku x pernah ke melaka (well, bapak x pernah bawak jalan2, jadi ms besar nielah berjalan sendiri). kalo setakut lalu, area highway PLUS tue x payah lah.. aku pun pernah, lalu kawasan dia sikit je. so, melaka kalo x salah ingatan aku pada subjek geografi ms form 3 dulu (teringat arwah cikgu fauziah, sedekahkan al-fatihah padanya..), melaka nie negeri no 3 terkecil di malaysia. tapi kiteorng x jalan banyak. setakat ke bandar hilir sahaja cause sebenarnya tujuan asal ke melaka bukan itu, yg nie cuma sampingan. alang2 ke sana, mari kite berjalan2. melihat khazanah peninggalan portugis & belanda yg kini menjadi daya tarikan ke melaka, terasa mcm kanak2 sekolah pun ada..tapi aku peduli apa, yg penting enjoy!!. so, kat sana kami sempat menaiki menara taming sari. ms menunggu giliran, kelihatan ramai ahli pengakap di sana, ada dari bangladesh, indonesia, jepun, korea, negara eropah dll. pelik gak..bila dirisik dan ditanya rupa2nya ada perkhemahan pengakap dunia di kl dan melaka dijadikan antara destinasi utk lawatan dalam agenda perkhemahan tersebut..hish..teringat ms sekolah dulu, ms kena berkawat, belajar ikatan (memang paling x suka kelas nie..banyak sangat ikatan yg ada) dan berkhemah (bab paling suka..ha!!walaupun terpaksa masuk dalam lumpur..). menaiki menara ini membolehkan pelancongnya menikmati panorama indah bandar melaka jika cuaca mengizinkan. memang bestlah ms tue..hu.hu..rasa nak naik lagipun ada..x cukup rasanya 7 minit berada di atas..lepas tue melancong ke muzium samudera (lihat keadaan kapal zaman dahulu & sejarah berkaitan dengan melaka seperti penubuhan melaka, hang tuah & kejatuhan melaka ke portugis), membeli belah, ke afamosa (sangatlah banyak tangga yg perlu dinaiki), banggunan merah, dataran melaka (mengurut2 diri di sini setelah seharian berjalan) & ke tempat parking yg terletak di salah satu shopping mall di melaka..aku x ingat namanya...
Gambar kiri dr atas: suku bentuk menara taming sari, kepanasan diluar muzium samudera, syikin, aku & wana menunggu giliran menaiki menara taming sari..
Gambar kanan dr atas: muni & me berjalan2 di melaka, lihatlah betapa besarnya kapal ini.., khusyuknya melihat panorama dari atas menara..
keesokan harinya..anyway nielah misi sebenar kami ke melaka. kami bertolak ke kenduri wani & mad. anyway..aku x kenal kedua mempelai nie. wani nie room mate wana masa kat matrix pahang. jadi kami ke sini utk menemankan wana. memang padanlah kedua2 mempelai dan menurut cite wana, diaorng nie start couple ms matrix lagi dan alhamdulilah sampai juga ke jinjang pelamin. to wani & mad, walaupun kite baru jumpa sekali..saya mengucapkan selamat pengantin baru & moga berkekalan ke anak cucu, dunia dan akhirat. anyway, perjalanan ke melaka memanglah best walaupun terpaksa menaki bas selama 12 jam. jadi ini saja topic yg menarik utk dikongsi pada bulan ini disamping keje..keje..keje..aiyah!!bila nak habis nie..ok, jumpa next month pulak..
gambar atas: pelancong2 yg excited melihat alam, di melaka..gambar kiri:atas: saya bergambar dgn pengantin with muni..bawah: kedua2 mempelai.. kanan: bakal pengantin bersama pengantin...