Thursday, October 1, 2009

salam lebaran....




Selamat hari raya semua..setelah 1 bulan berpuasa, maka hari yg dinantikan tiba..moga2 bulan ramadhan yg lepas memberi peluang pada kite utk menambahkan pahala dan segala amalan mendapat keberkatan (bak kata makcik kat dalam dunia baru tue, anda sila eja sendiri ya) daripadaNYA..amin...tapi x bermakna semasa bulan ramadhan sahaja, bulan2 lain pun boleh. ingat tue... gambar kiri, 1 family tanpa along, kak lin, azam & iman..cepat2 balik ya semua. *kanan-d'girls. bawah sebelah kanan-d'boys, kat belakang tue ketua diaorang. bawah dia-kanak2 berlari kerana ada 'gergasi nak langgar diaorag, ha!!ha!!*





















ok, bercerita mengenai sambutan hari raya..ha..ha..overall, rasanya mcm singkat sangat cuti yg di minta..dan sejak dah dewasa nie, aku rasa mcm cepat pulak masa berlalu..rasanya ms yg diberikan Allah 24 jam sehari..rasanya x cukup...tup2 dah raya and then need to going back to kelantan..hish..hish..master perlu diteruskan.cayo!!



ok, bercerita hari sebelum lebaran..disebabkan aku lupa nak beli tiket bas awal (ha..ha..masih tak ingat aku dikelantan lagi..dulu, hari nak balik baru beli tiket), ditambah kelupaan yg tahun nie tambang bas utk raya telah diumumkan awal ( aku sibuk dengan penang & genting), jadi tahun ini, kepulangan ku di kampung terpaksalah di awalkan dan ketibaan di kelantan juga terpaksa dilambatkan..bila di tanya, dengan senang hati aku menjawab "tiket habis, tiket tue je yg ada". bila fikir2 lama, nielah bab paling best sepanjang aku dok kat kelantan nie.*kiri-adik2 aku, bergaya dr kakak dia nampak?. kanan-adik2 dalam kete pesona bapak ku menuju ke rumah pakcikku.bawah kanan-our mr driver (penat ya bawak kete) & co-pilot. bawah kiri-merenung masa depan nampak?ada nampak apa2 tak?.


























balik rumah..well kerahan tenaga dikerahkan. dari pengemasan, pemasangan, penyumbatan dll..haiya!!banyaknya kena buat. mlm raya tue tido kul 2 pg. sambil2 kemas2 tengok avatar sampai episod akhir..lepas nie x yah lah aku tengok avatar cause aku dah tahu ending dia. memang bestlah ending cite tue.pagi raya, cause mlm tue x sempat cari baju dan jahit2 butang dan zip, terpaksalah proses jahitan dilakukan. kasut raya pun kena cari pg tue..dah semua kerja umah kena buat. adik?hish..sabar jelah. kakak aku pulak, penat dengan HO dia. ish..nasib baiklah aku x jadi dr, kalo tak memang 'masaklah adik2 aku'. tahun nie, tahun ke2 along tak raya dengan kiteorng (sejak sambung belajar di belfast)..sedih?, sikitlah cause along memang b4 nie pun pernah beberapa kali dia x raya dengan kiteorng. tapi yg penting hari b4 raya tue dah borak2 dengan along, kak lin, azam & iman (along jangan buat pura2 lupa ye, 2thn nanti) ..haiya..bilalah nie 2 budak nak pandai bercakap. so, pagi2 raya lepas siap2 dan bermaafan, kami ambil gambar family dulu..hish..bila dibelek2 lama2, sudah besar, adik2 aku nie..kakak2 dia je yg tak membesar2..ha!!so, destinasi pertama yg dituju, of course our grandma's house. utk raya ni, sawah sedang dibajak. lama sungguhlah aku tak tengok sawah padi nie..lama juga x jumpa sepupu2 aku..besar2 dah semua, nak duit raya, sila mintak kat dr..saya student lagi..ha!!borak2 dengan diaorng sambil menonton rancangan2 utk raya ini.


then, berangkat kerumah wak2 utk beraya seperti tahun2 sebelumnya. raya ke4 baru aku beraya dengan kawan2. tue pun aku paksa acik beraya dengan aku. dengan alasan..'tahun depan ko kena raya dua tempat, mesti x sempat raya dengan kiteorng'..ha..ha..bijak tak aku? tahun nie sempatlah aku, acik, aini, azie beraya ke rumah faizah aini, kak ela (lamanya x dtg umah kak ela, nasib baik ingat jln, semoga mak kak ela sembuh ya, pastue kak ela ikut kiteorng jln raya), umah aini & ustaz kzm..lamanya x jumpa semuanya..keesokkan harinya..aku,kak ety,odin (bantu kak ety mendrive, aku mana tahu drive),mamat & ijah..(najib-x nak ikut, lagi best main game sorang2 tanpa ada gangguan & maznah-kena dok umah baca buku, ye ke dia buat?) berjalan ke tampin,N9 (buat misi mustahil), ke parit bota, johor (misi 'merisik', ha!!), alor gajah (tempat kami bermalam di surrounding dusun2,ayam2 dan itik2), seksyen 8, shah alam (makan2 & melawat tempat yg telah lama ditinggalkan) dan simpang lima sg besar (melawat cikgu jaharah yg telah lama x berjumpa). hish..memang raya yg paling jauhlah destinasi yg dilawati. mengharungi 3 buah negeri & 1 wilayah. cuti punya cuti pejam celik pejam celik dan tiba masanya utk aku berangkat pulang ke kelantan. aiya..cepatnya ms berlalu.sebelum balik..seperti yg dijanjikan, aku pun menyiapkan segala kuih2 utk dijamu kepada kawan2 kat lab, housemate, my supervisor & na (yg banyak membantu dlm menyiapkan projek masterku ini)..

yg misterinya selepas aku balik, 'ugly stick'yg aku bawak utk kawan2 kat lab habis dengan cepatnya walaupun sebelum tue aku baru je menjenguk kat pantri..bekas dia pun x de..hish..hish..overall raya tahun nie boleh dikatakan paling jauh kami berjalan adik beradik..tahun depan boleh buat lagi..ok semua, selamat hari raya, maaf zahir batin..jomlah kite bersama2 menunaikan puasa 6 hari syawal pada tahun ini dengan jayanya..amin....

kanan-with my grandma, bro, mom & my uncle's family. lama x jumpa sepupu2 ku nie. kiri-rumah di tengah SACC mall..